Skip to main content

Posts

Inilah Moto Pembela Rakyat - Dahulukan Nafsu Buas Pemimpin !

..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah.. Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas.. Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah.. Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jas...

Perkasa - Nama Baru Bagi Umno

  Salam Sejahtera  Untuk Semua Pintu pagar Putrajaya dibuka untuk PR    Tajuk diatas diambil dari Blog Ustaz Saiful Bahri, menarik juga bunyi tajuk diatas, walau pun ia sebagai gurauan, tetapi ianya tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. Seterusnya saya jumpa dengan perenggang berikut;  "Pemimpin UMNO jadi serba salah. MCA pulak nak wujudkan Perkasa Cina. Nanti MIC pun nak wujudkan Perkasa India. Habis sapa nak perkosa sapa? Masing-masing nak tunjuk kuat. Ahli Umno sendiri sudah terasa bakal kehilangan cengkaman dan kuasa. Apatah lagi dengan desakan demi desakan dari Parti kompenan BN untuk menuntut pelbagai tuntutan demi kepentingan politik masing-masing".         Kepada pembaca yang nak baca tulisan Ustaz Saiful boleh terus (klik) ke artikel tersebut. Disini saya nak masuk sikit tentang produk baru umno, bekas ahli umno dan mereka yang ada aura umno didalam badan mereka! Seterusnya;"Itulah sebabnya Umno bersetuju dengan g...

Hukum Perempuan Solat Jumaat

1 Syaaban 1431 H Oleh: AKHISALMAN Saya sering ditanya pasal perempuan yang pergi solat Jumaat; adakah dia perlu menunaikan solat zuhur pulak. Ini jawapannya: Hukum solat Jumaat bagi wanita Tidak ada khilaf bahawa perempuan tidak diwajibkan solat Jumaat. Ibnu Munzir telah berkata dalam kitabnya (Ijmak):"Telah bersepakat semua ulama yang kami tahu; tidak wajib solat Jumaat kepada wanita."Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w: (الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة أو صبي أو مريض Maksudnya: Solat Jumaat adalah hak yang wajib bagi setiap Muslim secara berjemaah melainkan 4 golongan:                                                              ...

Umno Berubah Pas Berubah - Mana Yang Berubah Kearah Islam?

        Salam Sejahtera Untuk Semua     Semalam, 10hb.Julai  di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan telah pun berlangsung Wacana  Perdana "Bolehkah Melayu Bersatu"     Dr. Mohd Asri telah mengulas mengenai :                                     Pas Ibarat wanita Solehah dan Umno umpama lelaki jahat      Dr. Mohd Asri  turut mengulas Pas sekarang tidak lagi perlu mengulang-ulang cakap tentang hudud kerana benda yang cantik perlu masa yang cantik atau ketika yang kondusif  untuk dilaksanakan!                                    ...

Ini Penganiayaan Kepada Tok Guru? : Pemimpin Peringkat Bawah Diseru Tidak Berselindung Dibawah Kewibawaan Nik Aziz!

Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni Diatas adalah motto blogger Muara    Salam Sejahtera buat Semua!      Tak ada insan yang mahu hidup susah! Semua manusia menginginkan hidup yang sejahtera dan sempurna! Makan  dan pakai yang  sempurna atau  setidak-tidaknya sekadar mencukupi untuk anak-anak!  Masyarakat yang menjadi mata dan telinga kepada kehidupan satu kemuniti didalam sesuatu kampung perlulah mengambil tahu akan hal kehidupan disekeliling mereka! Apa yang terjadi kepada Mohd Yusof  Wahab adalah mangsa keadaan setempat walaupun memang tidak dinafikan akan kelemahan diri beliau memang ada!

Malaysia Bukan Hak Milik Mutlak UMNO -Kalau bercakap Guna Kebijaksanaan! Jangan Bongkak

Kementerian Dalam Negeri bersedia menyita bangunan pejabat tempat Suara Keadilan beroperasi dan kilang pencetaknya jika akhbar PKR itu terus diterbitkan tanpa permit. “Sudah tentu boleh (ditutup),” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika ditanya mengenai kenyataan PKR bahawa Suara Keadilan akan terus diterbitkan. Oh sungguh bongkak menteri umno berbicara! Perhatikan petikan diatas pada; "Sudah tentu boleh (ditutup)"       Hishamuddin lupa bahawa dalam Malaysia bukan  milik  orang umno sahaja, orang pas ada , keadilan ada kita minta bila bercakap gunalah penapis sikit! Mentang-mentanglah kuasa ada pada kamu , kamu boleh buat apa yang kamu nak buat!      Benda yang pelik berlaku di Malaysia ialah kalau bertindak untuk parti begitu cepat jentera berat umno ini  bergerak! Tapi bila bab nak jaga rakyat contoh kenaikan harga barang, berbagai alasan dicari dan dipusing, nanti kita akan kaji dulu...

Sumpah Dalam Islam

22 Rejab 1431 H Oleh: AKHISALMAN Sumpah adalah: Satu akad yang disokong dengan penguat utk org yg bersumpah berazam melakukan satu perkara atau meninggalkannya. Pensyariatan Sumpah. Ia disyariatkan berdasarkan dalil-dalil berikut: Firman Allah: Tafsirnya: "Allah tidak mengira sumpah yang main2 dan tetapi Allah mengira sumpah yg dibuat secara sungguh."(89: Maidah). Nabi bersabda: "Apabila kamu bersumpah dgn satu perkara dan melihat lebih baik pd melanggar sumpah maka buat yg lebih baik dan hendaklah kamu bayar kaffarah sumpah."(Hr Tirmizi) Ijmak Ulama menyatakan disyariatkan sumpah. Syarat-syarat sumpah. 1. Hendaklah ia dilakukan oleh orang yang Islam, berakal dan sudah baligh. Maka tak sah sumpah dari orang yang kafir, budak kecik dan kafir. 2. Ianya berlaku ketika jaga dan tidak dipaksa. 3. Hendaklah perkara yg disumpah adalah perkara yg boleh berlaku. siapa yang bersumpah nak minum air yang tidak mungkin wujud ketika itu ...