Skip to main content

MENULIS SAMBIL BERAMAL - SEMOGA ADA GANJARAN DISISI ALLAH !

Salam sejahtera untuk semua

KEMPEN PUNGUT DERMA DAN MAKLUMAT PENUBUHAN PEMBINAAN KOMPLEK MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH 18500 MACHANG KELANTAN

Assalamualaikum warahmatullahi w.b.t Dengan segala hormatnya, kami AJK Penubuhan Kompleks Madarsah Tahfiz At-Taufiqiyyah (MTAT) memohon dan mengharapkan sumbangan derma yang ikhlas dari setiap lapisan masyarakat untuk menjayakan Penubuhan Pembinaan Kompleks MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH 18500 MACHANG, KELANTAN
FIRMAN ALLAH SWT ” Sesungguhnya orang yang membacakan Kitab Allah, mendirikan sembahyang dan memanfaatkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya secara sembunyi dan terang-terangan, adalah mereka mengharapkan sesuatu perniagaan yang tidak akan merugikan. ” ( Al - Fathir : 29 ) .
SABDA RASULULLAH SAW ” Apabila meninggal seseorang itu, maka putuslah segala amalannya melainkan ilmu yang memberi manfaat, sedekah jaraih dan anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” ( Riwayat Muslim ) Ketahuilah bahawa setiap rezeki itu adalah anugerah Allah SWT yang akan ditanya nanti. Bersyukurlah dengan menyumbangkan sebahagian kecil dari anugerah tersebut ke jalan Allah SWT. .
Pengerusi
Hj. Wan Mohd Taufit Abu Bakar (019-9126779)

N/Pengerusi


....... ............. ........... ........... ............. ......... ............

Kepada Pihak AJK yang terlibat bagi membina Kompleks Madrasah Tahfiz
At-Taufiqiyyah, Kampung Pek, 18500 Machang, Kelantan Darulnaim, saya sebagai tuanpunya blog ini memohon keizinan untuk memetik mana-mana bahagian didalam website MTAT.
Inilah yang mampu saya lakukan untuk membantu pihak MTAT untuk membina kompleks tahfiz tersebut. Saya doakan semoga hasrat Pengerusi dan semua AJK juga sesiapa sahaja yang mahu melihat terbinanya MTAT menjadi kenyataan.
Kepada sahabat blogger yang mahu melihat sepenuhnya perancangan pembinaan MTAT tersebut dan juga programe mereka didalam merancang pembinaan kompleks MTAT bolehlah klik atau boleh juga melayari website www.taufiqiyyah.net

Comments

Popular posts from this blog

Kita makan Ubat yang Mengandungi Unsur Babi

Salam maklumat kepada semua pengunjung blog ini, terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah : No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia 1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste 2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma 3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm 4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin. Masfiza bt. Abdul Hamid Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat(POTM) Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia 03-79573611 s   sumber Ustaz Nor Amin

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...