Skip to main content

TNB - CEKAP TENAGA AMALAN KITA - YA KE?

Bil Dua Bulan Sekali, Usaha Terancang TNB?

Pengerusi Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George menyelar tindakan tidak profesional Tenaga Nasional Berhad, TNB yang memberi alasan tidak munasabah berhubung isu sistem bacaan bil elektrik.
Alasan kekurangan tenaga kerja dan kononnya mencontohi negara maju bukan jawapan yang ditunggu rakyat yang terbeban dengan taktik TNB membuat pengiraan bil secara dua bulan sekali.
Beliau mengesyaki tindakan TNB itu adalah usaha terancang bagi memperoleh lebih keuntungan.
“ Mereka tidak profesional. Seperti mereka meletakkann negara-negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, Britain tetapi negara-negara seperti ini, sebelum mereka hendak bawa masuk apa-apa polisi, selalunya mereka akan memperkenalkannya kepada masyarakat umum, dapat maklum balas dan sebagainya" ujar Jacob.
Berhubung masalah ini, Jacob berkata, pihaknya banyak menerima rungutan orang ramai di sekitar Subang dan Shah Alam sejak Julai tahun lalu.
 





      Antara petikan  laporan dari Blog Rakyat Marhaen, sebenarnya itulah strategi TNB, bagi memerangkap pengguna dengan kadar penggunaan  yang maksima bila dibuat bacaan meter dua bulan  sekali. Kerana kita tahu taarif caj TNB ialah 100 kWH pertama adalah pada kadar 0.370 untuk demostik/ kediaman. Jadi jika sebuah rumah menggunakan 60 kWH sebulan bila kali 2 dah jadi 120 kWH sebulan. Untuk bacaan yang pertama 100 x 0.370 = RM37.00. Selebihnya 20kWH akan di darab dengan nilainya lebih tinggi dari 0.370 tadi. Katakanlah 0.410 x 20 = RM8.20. Jadi RM 30.00 + RM8.20 = RM38.20. 
       Itu strategi yang  pertama! Sebab TNB nak untung 100 peratus! Strategi yang  kedua ialah dengan menggunakan Pos Malaysia sebagai saluran menghantar bil untuk sebulan sekali juga ia memberi kredit pendahuluan kepada TNB bilamana  bil ofis dikeluarkan dah tentu ada  caj yang lebih. Tapi strategi ini pada saya banyak kearah untuk menampung  Pos  Malaysia  yang dikatakan rugi didalam  operasi mereka! Jadi TNB yang dikatakan Syarikat yang memang buat untung sedia membantu Pos Malaysia dengan cara memberi 'kontrak' menghantar bil letrik melalui pos. Setiap surat yang dihantar adakah ianya percuma? Tidak! Kan beberapa minggu lepas baru diumumkan harga setem naik lagi! Jadi mana hak rakyat untuk menikmati kemewahan didalam sebuah negara yang kaya raya?
      Disini TNB sebenarnya seperti bilout untuk Pos Malaysia! Pelik! Tak ada apa-apa masalah tiba-tiba bil dihantar melalui pos. Sedangkan pembaca meter tak berkurangan. Kalau kurang ambil pekerja. Ramai penganggur diluar sana yang mencari pekerjaan. Kehulu- kehilir memohon pekerjaan.
       Sudah sampai masanya rakyat Malaysia celik luas-luas. Lihatlah apa yang berlaku disekeliling kita. Dah banyak penyelewengan yang berlaku, kenapa masih dibiarkan? Membiarkan kemungkaran dihadapan kita berleluasa adalah haram hukumnya... atau selemah-lemah iman! Sudah sampai masanya rakyat Malaysia tukar pemandu bas yang berwarna biru...,  nanti bila pemandu bas tadi dah kita tukar kepada pemandu yang beruniform hijau + biru muda ada merah sikit, barulah kita tukar pula warna bas jadi hijau... alangkah cantiknya pemandangan di Malaysia nanti. Hijau, biru muda dan merah!
      Buka minda dan fikirlah secara rasional sehabis rasional.   Sayangilah negara Malaysia. Kalau dibiarkan BN terus memegang kuasa... jadilah seperti apa yang terjadi seperti sekarang, bila Malaysia telah kehilangan blok L dan blok M plantar carigali minyak yang telah diberi kepada Brunei oleh Malaysia. 
     Apa kata kita kembalikan TNB kepada hakmilik negara sepenuh seperti dulu. Sebab TNB  adalah asalnya  harta milik rakyat tetapi sekarang dah jadi hak milik pengarah kepada syarikat sahaja! Kembalilah kepada LLN. Lagi senang!  Minta rakyat 'bulatkan' tekad pilihlah ahli parlimen dari PR untuk menyuarakan hasrat hati kita. Semua ini tidak susah... tanyalah ahli parlimen kita.

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

MUKA MANGSA DI TIKAM

Peragut Di Belasah Orang Ramai Ragut !!!.. Lokasi Duke Hiway berdekatan Taman Pelangi . Seorag wanita ditikam di muka. Teruk budak ni kena belasah..                                       Print skrin dari FB, pelbagai pandangan dan pendapat! Video sambungan                                                             Pandangan  pemilik FB

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….