Skip to main content

Menangislah..

4 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman

GAMBARAN DAN KELEBIHAN MENANGIS

Sekadar gambar hiasan
((إذا تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجدا وبكيا)) (مريم: 58)

Maksudnya: Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yang maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis.

(سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: -منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.)
Maksudnya:

Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya.
(HR Bukhari dan Muslim)

(لا يلج النار رجل بكى من خشية الله، حتى يعود البن في الضرع)
Maksudnya:
Tidak masuk neraka lelaki yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu masuk ke dalam putingnya kembali (menunjukkan kepada takkan masuk ke neraka lelaki tersebut)(HR Tirmizi)

(طوبى لمن ملك لسانه، ووسعه بيته، وبكى على خطيئته)

Maksudnya:
Beruntunglah seiapa yang dapat menjaga lidahnya dari dosa dan kesalahan, rumahnya selesa baginya dan menangis terhadap kesalahannya.
(HR Thabrani)

NABI MENANGIS

(عن عبد الله بن الشخير قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بنا، وفي صدره أزيز كأزيز المرجل من البكاء

Maksudnya:
Abdullah bin syikhir berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w bersembahyang menjadi imam kami dan dadanya ada mempunyai bunyi seakan kerana menangis seperti bunyi periuk yang menggelegak."
(HR Abu Daud dan Tirmizi)

SAHABAT MENANGIS

وعن أنس قال: (خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ما سمعت مثلها قط، قال: لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا. قال: فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم لهم خنين )

Maksudnya:

Anas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berkhutbah yang tidak pernah ku dengar selama ini." Baginda berkata: "Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Beliau berkata: "Lalu sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w menutup wajah mereka dalam keadaan mereka teresak-esak menangis.
(HR Bukhari dan Muslim)

UMAR MENANGIS

Abdullah bin Syaddad berkata: Aku mendengar esakan dari tangisan Umar r.a (sedang menjadi imam) ketika aku berada di belakang sof. Beliau menangis ketika membaca ayat:

((إنما أشكو بثي وحزني إلى الله)) (يوسف: 86)
Maksudnya: Aku hanya mengadu kesusahanku dan kesedihanku kepada Allah.
(HR Bukhari)

UTHMAN MENANGIS

Hanie seorang hamba Uthman telah berkata: Suatu hari Uthman berdiri di tepi kubur sambil menangis sehinggalah basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya:"Engkau ingat syurga dan neraka tapi kau tidak menangis, kenapa engkau menangis bila melihat kubur? Beliau menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

(إن القبر أول منازل الأخرة، فإن نجا منه فما بعده أيسر منه. وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه)

Maksudnya:

Sesungguhnya kubur adalah tempat persinggahan pertama dalam menuju ke akhirat. Jika seseorang itu selamat ketika berada di dalam kubur maka selepas itu akan menjadi lebih mudah. Jika dia tidak selamat maka selepas itu akan menjadi lebih sukar.

TANGISAN PARA ULAMA

Suatu hari Fudail bin Iyad membaca Quran surah Muhammad dan menangis. Beliau mengulang-ulang ayat ini:

((ونبلوا أخباركم )) (محمد: 31)
Maksudnya: Dan kami akan singkap dan dedah segala perlakuan mereka.

Beliau berkata: "ENGKAU DEDAH SEGALA CERITA KAMI dan terus mengulang-ulang dan berkata: "KALAU ENGKAU DEDAH SEGLA PERLAKUAN KAMI…MAKA MALULAH KAMI DAN ENGKAU SINGKAP SEGALA RAHSIA2 KAMI… KALAU KAU DEDAH CERITA KAMI BINASALAH KAMI DAN KENA AZABLAH KAMI…..

Dan beliau terus menangis..

GESAAN NABI SUPAYA KITA MENANGIS

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)
Maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu tak boleh menangis buat-buatlah menangis (sehingga boleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah-olah ada anak-anak sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka. (Hadis Hasan)

Bagaimana dengan Anda? bila nak menangis terhadap dosa-dosa yang banyak.. adakah anda menunggu sampai sanak saudara menangisi kematian anda.. atau malaikat membantai anda di kubur.. atau melihat neraka pada hari kiamat.. atau...

Rujukan: Al-Buka min Khasya tiLLAh oleh Husain 'Uaisyah dan Al-Riqqah wal Buka oleh Ibnu Quddamah al-Maqdisi.

Insaflah...

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

MUKA MANGSA DI TIKAM

Peragut Di Belasah Orang Ramai Ragut !!!.. Lokasi Duke Hiway berdekatan Taman Pelangi . Seorag wanita ditikam di muka. Teruk budak ni kena belasah..                                       Print skrin dari FB, pelbagai pandangan dan pendapat! Video sambungan                                                             Pandangan  pemilik FB

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….