Anda Suka Makan Roti Canai??
Roti Canai! Satu nama sarapan pagi yang utama di Malaysia! Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai berbagai bangsa didalamnya yang secara langsung membentuk satu komuniti penduduk yang tidak jauh dari segi amalam pemakanan mereka!
Mengikut satu kajian, roti canai bukan asal dari india, tetapi penebar roti canai ramai dikalangan India dan India muslim dan mamak!
Roti Canai mempunyai berbagai jenis dan campuran, ada roti canai kosong, telur, sardin , pisang dan berbagai jenis lagi mengikut permintaan penggemar roti canai yang sentiasa berubah citarasa!
Apa yang nak disentuh disini ialah kebersihan pada penyediaan sebelum roti canai itu boleh dimakan terutamanya pada roti canai yang dicampur telur atau dengan nama roti telur!
Kerana kita tahu roti telur sudah tentunya roti tersebut dicampur dengan telur ayam yang dipecahkan ditepi ‘piring besi’ ketika roti sedang panaskan diatas piring tesebut.
Ketika sedang membuat roti canai, seseorang penebar roti canai hanya mengambil telur yang telah berada berhampiran dengan piring besar tempat membakar roti tadi.
Seandainya telur tidak dibasuh terlebih dahulu sudah tentu ramai yang akan terkena dan makan roti canai yang terkena najis tahi ayam yang melekat pada telur ayam tersebut. Termasuk juga mereka yang tidak makan roti telur tadi. Kerana tangan yang sama juga yang memegang telur ayam tadi yang menebar roti kosong itu! Penebar hanya mengelap tangan mereka dengan apron atau kain yang ada berdekatan dengan dapur sahaja!
Oleh itu berhati-hatilah ketika singgah di mana-mana gerai roti canai, perhatikan bekas telur mereka berada didalam bekas yang macam mana? Sama ada masih didalam sarang telur atau sudah dimasukkan
didalam bekas atau raga plastic? Kalau telur tersebut kelihatan berada didalam bekas plastic yang berfungsi sebagai tapisan boleh lah diandaikan telur tersebut sudah dibasuh atau dicuci!
Islam melarang keras penganutnya memakan benda kotor dan haram seperti yang ditegaskan didalam alQuran
Comments
Nadh datang melawat ni.. ;)
Assalamualaikum
Si Pendusta CInta