Skip to main content

UMNO BN PENING LAGI !!

 
 
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR menyatakan sokongan terhadap gesaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) Selangor supaya Kerajaan Malaysia menutup operasi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dengan segera kerana semakin membebankan rakyat. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan himpunan aman bagi membantah penerusan operasi tol tersebut pada 13 Mei 2012 sekiranya pihak kerajaan Malaysia masih lagi bersikap ‘pekak dan tuli’ dengan rintihan kesempitan hidup daripada rakyat bawahan.
  Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan kerajaan Malaysia yang telah mendahulukan dan mengutamakan keuntungan operasi tol ini kepada kroni-kroni mereka serta memindahkan beban pembayaran dan kesusahan kepada rakyat sepertimana yang telah didedahkan oleh AMK Selangor. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup komited untuk memperjuangkan penghapusan tol sepertimana yang telah dijanjikan oleh Buku Jingga Pakatan Rakyat sekiranya rakyat memberi peluang untuk Pakatan Rakyat memasuki Putrajaya dan memerintah Malaysia. Semuanya bukan perkara mustahil untuk dilakukan dan terbukti pihak kerajaan telah menutup beberapa operasi tol di Selangor dan Wilayah Persekutuan setelah didesak oleh Pakatan Rakyat. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pihak Umno dan Barisan Nasional yang pemerintah kerajaan Malaysia dapat melakukan sedikit kebaikan di penghujung usia pemerintahan mereka dengan menutup operasi kedua-dua operasi tol terbabit supaya tidak berterusan dicaci dan dihina generasi akan datang sebagai orang yang ‘bodoh sombong’ dan tidak boleh dinasihat. MOHD SANY BIN HAMZAN TIMBALAN KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
Published: 2012-05-04 08:10:43 UTC

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

MUKA MANGSA DI TIKAM

Peragut Di Belasah Orang Ramai Ragut !!!.. Lokasi Duke Hiway berdekatan Taman Pelangi . Seorag wanita ditikam di muka. Teruk budak ni kena belasah..                                       Print skrin dari FB, pelbagai pandangan dan pendapat! Video sambungan                                                             Pandangan  pemilik FB

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….