Skip to main content

Like Je! Komen??

LIKE  lebih Senang


Kepada mereka yang gila FB atau dengan kata lain alam internet atau alam cyber, atau alam persahabatan maya mesti tahulah apakah dia butang like atau LIKE dan komen.

Sebab kalau tak like atau tak komen sahabat disana tidak mengetahui sang sahabat disini telah membaca atau menjejak  wall page seseorang sahabat atau rakan  kenalan yang dilawati. Jadi nak tak nak paling mudah ialah LIKE.  Sebab bila like sahabat disana  akan mengetahui bahawa dia sedang dilawati dan dengan  segera memberi tindakbalas kepada kawan yang baru like tadi. Disitulah adanya komunikasi, sungguh canggih! Itulah teknologi  perhubungan masa kini.
Sejenis Permainan



 
Saya nak tergelak seorang diri bila baca post seorang  sahabat di status FB dengan permainan diatas.  Kalau baca permainan tersebut mesti, paling tidak pun tersenyum sendirian, walau pun itu sekadar permainan namun  ia cukup memberi makna yang mendalam dan menyindir rakan yang mengunjungi fb atau web site atau blog.

Cukup malas nak beri komen, nak menulis sepatahpun tak sanggup! Apa salahgnya dah alang-alang masuk status kawan komenlah sikitkan. Sekurang-kurangnya tulislah ‘setuju’ atau ‘oklah’! . Daripada tinggal tanpa apa-apa komen.

Sebenarnya kalau sesuatu komen itu diberikan ia memberi komunikasi dua hala yang berkembang dan memberi rangsangan minda untuk berhujah  atau setidak-tidaknya memberikan pandangan yang berbeza dengan sahabat-sahabat yang lain jika nak dibandingkan dengan mereka yang sekadar LIKE sahaja.

(Jadi mulai hari ini jadilah murid yang rajin mengarang. Tulislah panjang-panjang, agar guru lebih sayang kepada anda!)
Like boleh, komen pun boleh!  Sahabat? Terpulang!

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

MUKA MANGSA DI TIKAM

Peragut Di Belasah Orang Ramai Ragut !!!.. Lokasi Duke Hiway berdekatan Taman Pelangi . Seorag wanita ditikam di muka. Teruk budak ni kena belasah..                                       Print skrin dari FB, pelbagai pandangan dan pendapat! Video sambungan                                                             Pandangan  pemilik FB

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….