Skip to main content

Jom Qiamulail Bersama Al Sultan

 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai urusetia negeri akan mengadakan Program 'QIAM WITH ME' Tahun 1433H/2012M pada 20 Ramadhan 1433H bersamaan 09 Ogos 2012M (Khamis malam Jumaat) Jam 9.30 malam hingga 6.30 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.



Natijahnya bila sesebuah Kerajaan itu mendapat kepimpinan yang mahukan kepada pemerintahan yang secara keseluruhan berdasarkan Islam, inilah hasilnya. Ketua agama bagi negeri dekat dengan Masjid, hatinya berdampingan dengan masjid, jiwanya sentiasa  merindui kehidupan berlandaskan ketaatan kepada Allah.Menjadi cara hidup.


 Pada 21 Ramadhan, majlis bermula pada 9.00 malam  berakhir dengan Moreh Minda  Bersama Ustaz Azhar Idrus. Waktu bermulanya acara bersama Ustaz Azhar ialah pada pukul 11.30 malam.
 
Turut hadir pada program tersebut ialah YTM Tengku Mahkota Kelantan. Baginda berdua akan bersama-sama solat terawih.

Sebelum solat sunat terawih, baginda Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota akan menyampaikan pengurniaan zakat kepada 1433 asnaf  yang layak.

Pada awal paginya acara qiamulail juga akan disertai oleh KDYMM  Sultan Muhammad V, diikuti dengan bersahur,  dan majlis berakhir dengan solat subuh.

Jika anda berkesempatan silakan hadir  bersama-sama  untuk solat terawih bersama Al Sultan Kelantan.

klik untuk besarkan gambar


klik untuk besarkan gambar
Selamat Berqiamulail....

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

MUKA MANGSA DI TIKAM

Peragut Di Belasah Orang Ramai Ragut !!!.. Lokasi Duke Hiway berdekatan Taman Pelangi . Seorag wanita ditikam di muka. Teruk budak ni kena belasah..                                       Print skrin dari FB, pelbagai pandangan dan pendapat! Video sambungan                                                             Pandangan  pemilik FB

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….