Skip to main content

Nasihat Tuan Guru Haji Abdul Hadi


Terima keputusan dengan syukur dan sabar


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.

Dalam pada itu ketika bercakap selepas keputusan pilihan raya ini, Ustaz Hadi berkata, "Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.

"Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran.

"Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang," katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan.

PAS menang 22 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 ini berkurang satu kerusi berbanding pilihan raya ke 12.

Tuan Guru Abdul Hadi sendiri mengekalkan kerusi Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.

PAS Terengganu berjaya menambah tiga kerusi Parlimen di samping tujuh kerusi DUN dalam pilihan raya ini.

Kerusi Parlimen yang dimenangi adalah Marang (Tuan Guru Abdul Hadi), Kuala Terengganu (Datuk Raja Bahrin), Kuala Nerus (Dr Khairudin Aman Razali) dan Dungun (Haji Wan Hassan).

Mereka kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan di negeri itu apabila menang 15 kerusi berbanding BN 17 kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

MUKA MANGSA DI TIKAM

Peragut Di Belasah Orang Ramai Ragut !!!.. Lokasi Duke Hiway berdekatan Taman Pelangi . Seorag wanita ditikam di muka. Teruk budak ni kena belasah..                                       Print skrin dari FB, pelbagai pandangan dan pendapat! Video sambungan                                                             Pandangan  pemilik FB

Kita makan Ubat yang Mengandungi Unsur Babi

Salam maklumat kepada semua pengunjung blog ini, terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah : No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia 1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste 2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma 3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm 4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin. Masfiza bt. Abdul Hamid Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat(POTM) Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia 03-79573611 s   sumber Ustaz Nor Amin