Skip to main content

Posts

Peringkat Manakah Syiah Yang Dianuti Basyar Al Asad?

Sehingga sanggup membunuh rakyat sendiri? Berdasarkan pencarian saya untuk 'menterjemah' kezaliman syiah di Syria saya tidak menemui kesimpulan kenapa Basyar bertindak demikian kepada rakyatnya sendiri. Cuma saya boleh sertakan link disini untuk saudara pembaca nilai dan fahami sendiri dimanakah syiah disisi Allah! Sedikit petikan dari artikel; Peringkat-peringkat Syiah Berdasarkan Riwayat Ahlulbait(as),  Kelompok Syiah Yang Pertama: Pengikut Fiqh Seperti juga Sunni, ini adakah lapisan asas dalam pengikut Syiah, yakni selalunya tetapi tidak semestinya, mereka yang dilahirkan dalam keluarga Syiah. Mereka mungkin memahami atau mungkin tidak tentang doktrin-doktrin asas Syiah, dan hanya mengikuti apa yang diperturunkan dari keluarga mereka. Seperti direkodkan dalam firman Allah: Dan apabila dikatakan kepada mereka” Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami mel...

Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

Apa  yang bermain didalam kepala  Kerajaan(PM) bila menolak: ' Selain itu, beliau berkata, projek itu terpaksa diteruskan kelak memandangkan Kerajaan Pusat beberapa kali menolak pembayaran RM10 juta oleh Kerajaan Negeri bagi mewujudkan sistem pengangkutan bas awam secara percuma di seluruh Pulau Pinang'  RUPA-rupanya kontraktor Melayu bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly mempengerusikan Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., iaitu syarikat kontraktor yang dipilih untuk membina infrastruktur beberapa lebuh raya nyah trafik serta terowong bawah laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. Zarul berkata, beliau terkejut kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus sendiri mempengerusikan jawatankuasa pemilihan tender secara telus dan terbuka,tanpa campurtangan mana-mana ahli politik pemerintah di negeri berkenaan. "Tender sebesar ini kalau di (bawah Kerajaan) Persekutuan, saya rasa saya tiada 'can' (peluang memenangi). "Di...

Kehebatan Menteri Pusat

Hanya 47 Majoriti Pilihanraya  Umum 13, mencatat majoriti terendah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan  iaitu; Air Lanas, Tanah Merah sebanyak 47 undi diperolehi. Lihat disini keputusan penuh: MUSTAPA BIN MOHAMED - DUN Air Lanas  Walaupun Mustpha Muhammad berjanji dengan 7 janji untuk menarik minat rakyat Kelantan supaya mengundi Umno/BN pada pilihanraya lepas, tetapi majoriti rakyat tidak terpikat dengan omongan kosong Mok Pa itu. Tujuh perkara yang Tok Pa janjikan ialah; Senarai 7 Janji Barisan Nasional Jika Menang di Kelantan membina Lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu membina stadium baru mengatasi masalah air membina 3,000 rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) membina UiTM bandar Kota Bharu membina masjid negeri bernilai kira-kira RM50 juta menyediakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu  Hebat  Tok Pa, tak boleh lawan Anuar Musa, Annuar Musa dapat 974 undi majoriti manakala Tok Pa dapat 47 undi majoriti. Walaupun A...

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN

Masih Ada Pengundi Yang Membuat Kerja Sia-sia? Berdasarkan laporan keputusan PRU13 dari data base SPR didapati ada pengundi yang tidak mengembalikan kertas undi. Sebagai rujukan sila semak data untuk Parlimen bagi negeri Kelantan. Semua kawasan Parlimen di Kelantan mempunyai kertas undi yang tidak dikembalikan. Kenapa semakin diberi penerangan semakin tidak faham rakyat kita terhadap sistem demokrasi ini? P.030 - JELI      1. MUSTAPA BIN MOHAMED                     BN                                  21,223    MENANG    2. MOHD APANDI BIN MOHAMAD           PAS                  ...

Ekoran Keputusan Pilihan Raya Yang Diragui

Pakatan tolak keputusan, tuntut penjelasan   (Sidang media Pakatan Rakyat yang diadakan tengah malam tadi) KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat menyifat kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah kerana unsur-unsur penipuan. Ekoran itu,  Pakatan menolak keputusan PRU13 yang dimenangi BN. Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara tersebut pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya sejurus selepas mengetahui keputusan PRU13 awal pagi tadi. "Banyak penipuan berlaku sejak awal pengundian iaitu ketika pengundian awal bagaimana penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. "Selain itu juga kita lihat waktu pengundian semalam terdapat tangkapan dilakukan terhadap pengundi hantu, ini jelas konpirasi pemberian kad pengenalan yang diperkatakan sebelum ini," jelasnya. Tambahnya, konpirasi penipuan ini perlu dijelaskan oleh SPR kerana terdapat bukti-bukti yang boleh mengesahkannya. BN membentuk kerajaan kira...

Nasihat Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Terima keputusan dengan syukur dan sabar MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. "Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. "Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya. Dalam pada itu ketika bercakap selepas keputusan pilihan raya ini, Ustaz Hadi berkata, "Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. "Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. "Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang," katanya selepas ...