Skip to main content

KUALA PAK AMAT TERTUTUP - 300 NELAYAN MENGHADAPI MASALAH

2010-05-07T10:01:01.196+08:00

Nelayan Pantai Kuala Pak Amat beberapa kilometer dari PCB, menghadapi masalah kuala tertutup. Nelayan mendakwa mereka menhadapi masalah ini dah bertahun-tahun! Secara berturut-turut!
                                    
           
Semua nelayan memohon pihak-pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah mereka dengan segera disamping mencari peruntukan yang besar untuk membina permukaan muara yantg lebih besar dan canggih! Pada 5hb.Mei, sebelah malam pihak nelayan setempat telah bergotong royong menggali muara yang tertutup. Kesemua nelayan tidak dapat kelaut kerana terpaksa menolak perahu  diatas pasir beramai-ramai jika mahu juga kelaut!


                             Dari jauh boleh lihat laluan air antara laut dan sungai ..... tertutup! sempit.


Jentolak ini pada awalnya pihak nelayan mahu membayar kos penggalian tetapi akhirnya ia dilakukan dengan percuma!Nelayan setempat mengutip wang sebagai bayaran sebanyak RM300.00. kepada pengurusan jentolak tetapi oleh kerana bersimpati dengan nelayan, akhirnya pengurusan jentolak melakukan kerja-kerja mengorek kuala secara percuma.
             Ini setelah Penduduk kampung dan nelayan menggali secara bergotong royong, masih sempit .


Kuala yang cetek dan tertutup menyukarkan nelayan untuk turun kelaut!
Air kuala yang menjadi cetek! Ini juga menyukarkan nelayan untuk melaluinya untuk kelaut!




Jentolak sedang menggali muara, air antara dua permukaan laut dan sungai! Pada sebelah malam sebelum ini semua nelayan telah bergotong royong menggali kuala sepanjang laluan air ini


                          Ini adalah sebahagian perahu nelayan pantai yang tersadai  kerana kuala tertutup.



                                                    Ini adalah sebahagian kuala yang cetek!



                                                    Masih menggali dan terus menggali....




                                 Nelaya-nelayan sedang memerhati jentolak menggali muka kuala!

     Inilah muara -  Kuala Pak Amat sering menghadapi masalah iaitu tertutup!(gambar ini diambil pada7/5)

Kepada mereka yang bertanggungjawab didalam permasalahan nelayan ini, segeralah bertindak demi masa depan nelayan dan termasuk juga masa depan anak-anak nelayan. Hanya inilah punca rezeki mereka! Inilah masanya nak gunakan segala pertuntukan yang ada, segala kekuatan yang ada pada jentera kerajaan sama ada negeri atau kerajaan pusat. Kewangan yang banyak melalui wang ehsan atau wang royalti bolehlah disalurkan sedikit kepada nelayan ini.

Buktikanlah bahawa kita adalah benar-benar pejuang bangsa! Kemana perginya JUARA Rakyat? Ayuhlah pahlawan bangsa! Jangan biarkan anak nelayan ini terus hidup didalam kepayahan dek kerana lambatnya agensi-agensi,atau pemimpin setempat, atau wakil rakyat bertindak untuk membantu rakyat setempat! Jangan hanya slogan sahaja dilaungkan! Akhirnya slogan tinggal slogan! Tetapi tindakan untuk menyelesaikan masalah tidak dilakukan! Masalah Kuala Pak Amat tertutup dah lama tejadi, tapi tiada penyelesaian yang lebih menyeluruh. Draflah satu bentuk penyelesaian jangka panjang bagi mencantikkan sekitar muara Kuala Pak Amat ini dan sekaligus masalah nelayan ini berjaya diatasi! InsyaAllah!

Comments

Popular posts from this blog

Kita makan Ubat yang Mengandungi Unsur Babi

Salam maklumat kepada semua pengunjung blog ini, terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah : No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia 1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste 2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma 3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm 4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin. Masfiza bt. Abdul Hamid Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat(POTM) Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia 03-79573611 s   sumber Ustaz Nor Amin

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...