Skip to main content

UMNO ADALAH PERTUBUHAN YANG PALING SELAMAT DARI RASUAH!!!!

Salam Sejahtera Untuk Semua!

         Rasuah,  satu perkataan yang begitu lunak diungkap, tapi bahana dan dosa melakukannya ialah masuk neraka baik orang yang memberi atau orang yang menerimanya.
        Tapi ada satu isu yang pelik yang berlegar di Kelantan ialah yang dihebohkan ialah 5 dalang yang memberi sumbangan untuk menubuhkan syarikat, sekurang-kurangnya memberi pekerjaan kepada beberapa individu, termasuk blogger itu tetapi diklasifikasikan sebagai rasuah. Padahal dia sendiri turut menerima wang dari bantuan tersebut!!


         Laporan Sinar Harian hari ini.. 4.5.2010...

PUTRAJAYA - Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam, hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung keterangan berhubung dakwaannya menerima lebih RM4 juta.
Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, Syed Azidi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira jam 3 petang.
“Dia turut membawa bersamanya beberapa dokumen tambahan untuk dijadikan rujukan oleh SPRM,” katanya.
Jumaat lepas, Syed Azidi memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini berhubung dakwaan menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk memburukkan imej dan melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Syed Azidi turut mendakwa kerajaan Pas Kelantan menyalurkan sumber kewangan itu untuk gerakan tersusun memastikan parti kekal berkuasa di negeri itu. 
       
------------------ 
        Apa yang boleh saya katakan ialah pelik juga seorang yang diakatakan 'pakar' IT sebelum isu-isu mutakhir ini  tercetus, bagaimana Kickdefella boleh berhijrah kedalam pagar yang penuh dengan semak samun, kekotoran dan pelbagai jenis pawagam yang menunggu masa untuk  menayangkan segala episod yang berbentuk kemesraan untuk rakyat! Sebenarnya hanya sandiwara belaka!

      Sikap Syed Azidi ini, iaitu mendedahkan rasuah yang beliau terima ini hanya akan terkena pada 5 dalang yang beliau maksud itu sahaja! Maksudnya diri dia akan terlepas. Al maklumlah dah masuk pagar warna biru!

Kerana bila masuk saja kawasan pagar warna biru kamu buat apa pun akan terlepas dari segala  undang-undang yang ada di dalam Malaysia!

     Agaknya beliau lupa bahawa beliau juga menerima rasuah. Oleh kerana dah dapat jaminan orang atasan beliau pasti terlepas dengan ayat-ayat perundangan menyebabkan kickdefella berani sampai tahap  ini.

Adakah 'disana' tidak ada rasuah yang berlaku atau Syed Azidi merasakan ada satu sistem keselamatan yang akan melindungi dia dari terkena sama kerana dia juga menerima rasuah. Nampaknya kickdefellah akan dipermainkan sedikit masa lagi.

 Sama-sama kita tunggu episod seterusnya.....


       

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

MUKA MANGSA DI TIKAM

Peragut Di Belasah Orang Ramai Ragut !!!.. Lokasi Duke Hiway berdekatan Taman Pelangi . Seorag wanita ditikam di muka. Teruk budak ni kena belasah..                                       Print skrin dari FB, pelbagai pandangan dan pendapat! Video sambungan                                                             Pandangan  pemilik FB

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….