Semoga kawan bloger semua dapat menerima ucapan Selamat Hari Raya ini seadanya... kad ini dilakarkan dengan kadar yang segera, tak tahulah bulan ramadhan ini bagaiakan dihambat waktu sentiasa saja kesuntukan waktu. Sepanjang masa tak berkesempatan, entah apa yang dibuat ! Semoga kawan semua bergembira dihari raya nanti.... Sewaktu memandu sama ada untuk pulang kekampung atau sewaktu ziarah hari raya nanti, sentiasalah berhati-hati dan bersabar!
Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni