Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Umno Suka Rakyat jadi jakun

Dengan itu dengan senang rakyat dipermainkan

Federalisme yang cacat

Federalisme yang cacat

Zainudin Maidin Memalukan Bangsa dan Negara

Bila Umno Kitar semula Barang Lusuh Tulisan Zainudin bertajuk ‘Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim’ (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM  wartawan yang berintegriti, peka dan tajam pemikirannya.  Bukan saja faktanya salah, malah tulisannya juga tidak beretika, berniat jahat dan sarat dengan fitnah. Lebih memalukan lagi, Zainuddin adalah bekas Ketua Pengarang Utusan dan Mantan Menteri Penerangan.  Belum pun badai yang melanda  Menteri Penerangan Rais Yatim dengan pembantu rumah Indonesia reda, Zainudin pula mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia membuat bantahanm rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf.

Tak Puas Kencing Berdiri Umno Kencing Berlari, janji rakyat berterusan di'kencing'

Malaysia beli kamera AES jauh lebih mahal Kementerian Dalam Negeri didakwa telah membeli kamera perangkap laju AES bagi kegunaan polis pada kadar lebih mahal dari harga sebenar. Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar memberitahu, kamera Laser Digicam itu dibeli dengan harga RM173,385 seunit. Datuk Mahfuz Omar

Batalkan Hari Ini Juga Hubungan Dagang Dengan Israel

Melalui peruntukan undang-undang dan kuasa yang ada pada kebawah Duli Yang Mulia Dipertuan Agong hari ini saya sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam memohon dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong agar segera menasihati Kerajaan Malaysia agar kerajaan Malaysia hari ini juga membatalkan kerjasama perdagangan dengan Israel sebagai membantah kekejaman tentera Israel keatas Umat Palestin di Gaza dan bumi Palestin seluruhnya! Bukti Malaysia Mempunyai Hubungan Perdagangan Dengan Israel Perhati dan teliti video ini. Penderitaan yang macam mana lagi nak kita tunggu untuk mengubah hati kita supaya menyayangi saudara seIslam yang dizalimi di Bumi Anbiyat? Ayuh bangkitlah berjihad wahai saudara Seislamku, walau pun dengan sekecil-kecil jihad!!!

Umno Bantu Israel Membantai Palestin

Jika urusan dunia semata-mata kerana wang-ringgit inilah jadinya, maruah dan harga diri digadai tanpa mengira impak dimasa hadapan. Apa yang berlaku hari ini adalah kesan dari tindakan yang tidak bijak pemimpin umno masa lalu yang berurus-niaga hanya sekadar bergantung  kepada duniawi semata-mata, tanpa memikirkan impak maruah negara dan yang lebih penting ialah maruah Islam itu sendiri, itulah UMNO! UMNO Malaysia Bantu Isreal Membunuh Umat Islam Palestine Fakta UMNO Menghantar Minyak Sawit KE israel FAKTA : Malaysia menghantar minyak sawit TERUS ke israel. (dari Tanjung pelepas Terus ke israel) sedangkan di Malaysia tk cukup minyak sawit. Minyak sawit yg dihantar ke israel tu diambil dari mana? Dari byk tempat dlm malaysia ni, FELDA adalah salah satu daripada nye... (Sumber IOI Group) apa kaitan nye? Rupa rupanye hal ini ada kaitan dgn politik Tebing Barat. dimana kaitan nye? Begini ceritanye, kita mula hantar minyak sawit ke isreal mula DARI SEPTEMBER 2006... kenapa S

Mati di Jambatan Pulau Pinang di temui hidup di Selayang Baru, Batu Caves

Siapa sebenarnya yang mati? Menurut laporan Harian Metro keluaran hari ini, Isnin 29 Oktober, 2012 seorang pemuda  merasa seram sejuk bila menatap laporan Harian metro sebelum pertemuan dengan wartawan harian metro dirumah beliau di Selayang Baru, Batu Caves '”Saya tak mati lagi, seram sejuk  badan saya bila awak cakap saya mati”, kata Sadisafizan Said. Laporan menyebut, turut maut didalam kemalangan atas jambatan Pulau Pinang itu ialah seorang wanita, Mai Linda, 18, dari Namutrasi di Sumatera Utara, Indonesia yang meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) jam 10.15 pagi. Seorang lagi mangsa belum dikenal pasti, juga dipercayai warganegara Indonesia! Sadisafizan Said berkata; “ Tapi saya tidak tahu bagaimana ia (kad pengenalan) boleh berada dalam simpanan lelaki itu. Saya tak kemana-mana dalam dua hari ini dan sepanjang malam tadi (kelmarin) saya hanya  tidur dirumah. Sejak kad pengenalannya hilang 28 September tahun lalu (2

Kenapa Tak Rogol Saya?

Allah Melindungi Sesiapa Yang Menjaga Maruah Sendiri

Raja Yang Sebenar Kepada Manusia

HATI DAN KECERDASAN Mengikut kitab al-Fawaid oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah, beliau menganalogikan hati dengan bejana Allah yang ada di bumi. Oleh sebab itu, Allah sangat menyukai hati yang lembut, lunak dan bersih. Sekiranya kita selalu memberi hati makanan berbentuk zikir-zikir pada Allah, menaburinya dengan tafakur dan menyucikannya daripada hal-hal yang melencong, nescaya kita akan dapat menemu pelbagai bentuk keajaiban dan hikmah. Keimanan dan ketakwaan itu tidak diperolehi sekiranya orang itu tidak melembut, menunduk dan membersihkan hatinya. Kedudukan manusia di hadapan Allah mampu jatuh, bahkan mampu berada lebih rendah daripada kedudukan syaitan nirrojim disebabkan keadaan hatinya juga. Ia terjadi apabila manusia tidak menyelimuti hatinya dengan keimanan dan ketakwaan walaupun senipis kulit bawang.

Memang Sah Ini Video Lucah Yang Dirakamkan di Thailand

Dikatakan melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim  ! Saksikan video dibawah..... Dato Johari Abdul  Ahli Parlimen Sungai Petani  mendedahkan teknologi mengubah wajah.. Masjid Kecoh, Eskay batal sumpah laknat keatas dia Jangan mudah tertipu dengan fitnah dunia akhir zaman ini.

Tahniah, kita sentiasa bantu yahudi bunuh saudara sendiri!

PHILIP MORRIS – SYARIKAT ROKOK YAHUDI YANG MENGUASAI DUNIA Philip Morris , baru bertukar nama menjadi Altria Group pada 2003. Altria bererti ‘tinggi’ yang maksudnya berasal dari bahasa Latin. Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula. Sempena nama Philip Morris iaitu seorang peniaga Yahudi, syarikat tembakau itu berkembang sebagai sebuah syarikat ketiga paling menguntungkan dalam kategori barangan pengguna. Pada akhir tahun kewangan 2007, ia mencatatkan pendapatan sebanyak US$8.9 bilion dengan mengeluarkan 850 bilion batang rokok di seluruh dunia. Di pasaran semasa, penguasaan Philip Morris meningkat dari 15.4 perat

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m

Pas Ada Hudud? Umno Tak ada Hudud Ke? Jadi, Apa Yang Umno Perjuangkan?

Sembang Pakatan Rakyat Dari nada ayat diatas – lagi hudud Pas, bermakna hanya Pas yang berjuang untuk melaksanakan hukum Hudud di Malaysia ini. Dengan erti kata lain Umno tidak berminat, tidak pernah berniat dan tidak pernah untuk mengizinkan sesiapa pun melaksanakan hukum yang berpaksikan Al Quran itu dibumi Malaysia tercinta ini? Video diatas boleh ditonton di You Tube,  tidak diizinkan oleh pemilik untuk dimuatkan disini! Inilah barisan pelakon-pelakon Lagi Hudud PAS!  Anda kenal mereka, sila beri nama sebenar jika anda mengenali mereka melalui rungan komen didalam blog ini. Terima kasih. Pak Aji : Masalah Ibu tunggal, tak dapat nafkah pun ramai dari Kelantan.             : Yang berkerja ditempat maksiat ramai wanita Kelantan juga!           Sam   :Dato Aziz dah mula nyanyi lagu lama, ni  aku tak sabar nak dengar lagu-lagu ni! Antara dialog didalam video  LAGI HUDUD PAS Rama:  Jangan ikut pintu belakang, nanti orang kata jadi pengikut DSAI!       Juara, 3

Perasmian Jambatan Lapan Pari

Demi Seorang  tua yang merayu seolah-olah Mendesak – akhirnya terhampar gah sebuah jambatan  yang  boleh diredah pelbagai kenderaan tanpa had muatan Tok Sadang, Kg Lapan Pari : Jambatan Lapan Pari hari ini telah dirasmikan  oleh YAB Menteri Besar Kelantan Dato Bentara Setia, Nik Abdul Aziz Nik Mat, didalam ucapan perasmiannya, Tuan Guru menyentuh tentang pengalaman beliau didatangi oleh penduduk yang sudah tua berjumpa dengan beliau dirumahnya meminta supaya dibuat jambatan baru kerana  jambatan yang ada sempit dan amat bahaya. Tok Guru  mengatakan beliau amat terharu dengan peristiwa itu. Perkara yang turut disentuh oleh Tuan Guru ialah penggunaan peruntukan untuk sesuatu projek pembangunan. Walaupun nak buat pembangunan untuk rakyat, peruntukan itu mesti dikeluarkan mengikut peraturan yang ada kerana duit itu duit rakyat. Mesti jaga dengan amanah dan akan di tanya oleh Allah swt diakhirat esok. Menteri Besar amat bersyukur akhirnya jambatan Lapang Pari dapat disiap

Kenapa UMNO Tolak Islam, ambil kebangsaan

Video Ucapan Menteri Besar Kelantan TUMPAT; YAB Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan berceramah di ceramah umum PAS yang bertajuk Pertahankan Kerajaan Islam Kelantan telah diadakan di perkarangan rumah Shamsuddin Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Din kelmarin. Pak Din yang merupakan bekas orang kuat UMNO di kawasan Tumpat pada suatu masa dahulu kini telah membuat satu kejutan dengan memasuki PAS. Majlis jamuan hari raya turut diadakan di rumah beliau pada hari yang sama. Turut berceramah termasuk YB Dato' Kamaruddin Jaafar, YB Che Abdullah Mat Nawi, Ustaj Hj Mokhtar Senik ,Ustaz Nik Muhd Zawawi dan Ustaz Hamid Derani Semoga ada manfaat!

PM Najib dan Menteri-menteri Yang Sempoi

                                   Selamat Hari Raya Perdana Menteri  Malaysia                                                                                             Majlis Rumah Terbuka                                    H A R I      R A Y A       A I D I L F I T R I                           YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK                                                  Perdana Menteri Malaysia                                                                    &                                               AHLI JEMAAH MENTERI                                                       1 Syawal 1433 H                                                   Seri Perdana, Putrajaya Sekali lagi diucapkan Selamat Hari Raya Sumber rakan FB

Gara-gara Hanya Kutuk-kutuk Atas Pentas Ceramah - Seorang Cina Dapat Hidayah

Peluk Islam setelah selesai ceramah umum PAS kawasan Balik Pulau    Video Pengucapan Dua Kalimah Syahadah   Peluk islam setelah selesai ceramah umum PAS kawasan Balik Pulau ALHAMDULILLAH...kita menerima seorang lagi saudara baru yang memeluk islam pada mlm tdi setelah selesai ceramah umum PAS kawasan balik pulau di dataran teluk kumbar...ustaz mohd fauzi selaku YDP PAS kawasan balik pulau merangkap timbalan pesuruhjaya PAS pulau pinang telah mengajar saudara baru yang berbangsa cina mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH...TAKBIRRR!!!...ALLAHUAKBAR.... FB : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

Inilah Bukti Kesungguhan Umno Menjaga Kesucian Islam...

.......Wirid Berapi Penyokong Umno Tahniah kepada penyokong-penyokong Umno yang bersungguh-sungguh  didalam menjalankan aktiviti lagha dan  lalai.  Apa yang Umno buat semua nampak baik. Apa yang penyokong PR buat semua tak manis pada pandangan Kerajaan BN Umno. Foto: Kan Dah Kena Kiss Tengok  Video Komen-komen Di Facebook kredit kepada Milo Kosong

Anwar Diserang Kali Kedua Selepas Bas Di Baling Batu

  Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid    ...... siapa yang jahat sebenarnya ni...? ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah. Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin. Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya. Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah. Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertin

Wajib Berkongsi Penderitaan Ini

Ya Allah, Hancurkanlah Kerajaan Basyar Assad di Syria   Page demi page, aku melangkah dialam cyber, dan inilah yang aku temui..., Satu kekejaman yang dilaporkan oleh sebuah halaman FB yang bernama  Ya Allah, Hancurkanlah Kerajaan Basyar Assad di Syria   Bagaimana boleh terjadinya kebangkitan rakyat Syria  keatas Basyar Assad? Video yang menerangkan punca kebangkitan rakyat Syria yang disampaikan oleh Sheikh Dr Khaled Hassan Hendawi (Pembantu Khas Pengerusi Majlis Ulama Sedunia). Permulaan video ditunjukkan keadaan kanak2 yang mati dibunuh oleh anjing2 Basyar As sad yang jelas cara mereka diseksa serta dibunuh adalah dengan cara yang paling kejam. Ya Allah, kau berilah petunjuk dan pengajaran kepada golongan mereka yang zalim ini, aamiin... Semoga ini menjadi pengajaran yang amat berguna kepada seluruh kerajaan yang sedang memerintah diseluruh dunia hari ini, agar tidak menzalimi rakyat sendiri dari pelbagai sudut penyeksaan!

Perginya Syawal Tanpa Puasa Enam... Ruginya!!

Sibuk Dengan Rumah Terbuka.....  Sehingga Lupa  Puasa  Enam Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a.katanya Rasulullah saw. bersabda: “Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” [HR Muslim]  Demikianlah Rasulullah s.a.w mengajarkan kita satu amal yang sangat baik iaitu kita berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal sebagai satu kesinambungan bahawa Islam tidak hanya mewajibkan puasa di bulan Ramadan semata-mata, bahkan Islam juga menganjurkan juga kepada kita supaya mendekatkan diri serta terus mengamalkan ibadah berbentuk puasa enam  di dalam bulan Syawal. Allah SWT memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berpuasa enam hari di dalam bulan ini sebagai satu galakan dan motivasi supaya kita tidak hanya melaksanakan tuntutan wajib berpuasa di dalam bulan Ramadan. Puasa Enam tidak semestinya berturut-turut harinya. Dibolehkan berselang-selang sehingga cukup ena

Perbetulkan Bukan Halang

Islam Mengalir Dalam  Darah Dagingnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, walaupun berada didalam wad tetap bercakap  tentang Islam walaupun didalam kesakitan! kenyataan didalam facebook beliau menjadi bukti, “Di wad HUSM, saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 6 Syawwal 1433H bersamaan 24 Ogos 2012M berhubung isu hudud yang sedang dijadikan 'modal politik' oleh UMNO dan Barisan Nasional hari ini. Di dalam kenyataan tersebut, Dr Mohd Asri dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam. Dr Mohd Asri yang saya yakin berniat ikhlas di dalam membuat teguran.  Pada saya, para ilmuan seperti beliau berhak untuk membahaskan isu dengan secara ilmiah dan bukannya membiarkan orang-orang jahil melontarkan pandangan dengan tujuan bukan untuk menimbulkan

Takbir Raya 1433H - 2012

Selamat Hari Raya Eidul Fitri  Maaf Zahir dan Batin Takbir Version Umno Takbir Masjidil Haram Selamat Bertakbir, tahmid dan akhir kalam, Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin   dari Muara

Gembira Bertukar Tragedi

Bila Kesabaran Ditinggalkan Di Belakang! Sempena Ramadhan yang hampir melabuhkan tirainya mungkin hari ini, saya ingin berkongsi kesedihan yang ditanggung oleh seluruh keluarga mangsa. Gambar ini saya ambil dari rakan fb yang mempunyai gambar kemalangan pada 17hb.Ogos, lepas. Berikut ialah sekeping gambar dan sedikit keterangan berkenaan kejadian. Sekadar berkongsi kesedihan. Difahamkan mangsa dirempuh oleh Hilux yang datang dari arah Kota Bharu, manakala mangsa menuju ke Kota Bharu. Mangsa gagal mengelak kereta yang datang dari arah yang sama kemudian jatuh dan dirempuh oleh sebuah Hilux. Hilux tersebut dikatakan tidak berhenti dan terus memecut. Mangsa meninggal ditempat kejadian.  Mangsa dikatakan  mengalami kecederaan teruk dikepala dan badan. Kesan darah banyak ditempat kejadian. Gambaran kejadian yang diberikan oleh petugas Roadcare ialah  mangsa cuba memotong kereta tetapi tidak lepas, dan menyebabkan mangsa terjatuh. Kemudian Hilux yang datang dari arah Kota Bharu

Balik Kampung...!

BALIK KAMPUNG  ... Waktu-waktu begini yang ada dikepala ialah situasi perjalanan yang sesak, kampung halaman.. biarpun setiap tahun  balik kampung tetap mengimbau simusafir yang berkelana! Walau apapun Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1433 Hijrah kepada semua pengunjung blog Muara. Semoga ceria dikala menyambut raya nanti. Jika memandu sendiri ketika pulang ke destinasi nanti, berhati-hatilah, bersabar dan ingatlah jentera(kenderaan) yang anda bawa itu adalah milik Allah swt, bila-bila masa Allah boleh ambil. Jangan sombong, jangan angkuh dengan kenderaan yang anda miliki.

Perutusan Hari Raya Menteri Besar Kelantan

                            YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz B Nik Mat                                                          (Menteri Besar Kelantan)                                              Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan                                                             Dan Sumber Asli

Kemalangan Awal Pagi Di Persimpangan BTR

Bandar Tun Razak - Kemalangan berlaku pada awal pagi, lebih kurang pukul 5:00 pagi.  Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang setelah habis berniaga di Downtown  yang tidak jauh dari Hukm. Menurut sumber yang juga kenalan kepada mangsa, mangsa nampak jalan tersebut dalam keadaan lurus sebelum kejadian kemalangan itu berlaku. Sedangkan jalan tersebut adalah perlu membelok kekanan untuk ke pusat bandar mengelilingi padang bola yang berdekatan dengan balai bomba. Sebelum dihantar ke HUKM mangsa masih sedar dan boleh bercakap dan mangsa yang mengalami kecederaan parah dikepala masih tidak mahu dihantar ke hospital kerana dikatakan takut jarum, cerita kawan  mangsa. Mangsa kemudian dihantar juga dengan ambulan ke  HUKM. Mangsa dikatakan belum sedarkan diri pada pukul 7:30 pagi tadi. Berdasarkan maklumat dari orang ramai yang berada di lokasi kemalangan,  situasi yang sama berlaku iaitu mangsa hanya nampak jalan terssebut adalah lurus, walau pun sebenarnya ia adalah persimpangan s

Akhil Hayy Lupa Diri

Bila Menempelak Pas - Satu Pertubuhan Politik yang pernah mengangkat beliau sehingga berada pada keadaan yang cukup selesa sekarang!  ( Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik ) Akhil Hayy sewaktu di pentas Pas Akil Hayy Lupa  Diri  (dipetik dari Mstar) siaran 8 ogos 2012 Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Siapa yang menggunakan siapa  sebenarnya? Sewaktu Akhil Hayy berada dipentas Pas dahulu adakah skrip ucapan kamu itu disediakan oleh ajk Pas? Sebahagian dari ayat popular Akhil Hayy dulu.... Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing. "Kalau saya cakap, pasti ad