Skip to main content

Posts

Showing posts from April 6, 2014

Lampu Hijau!

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman PENCERAHAN BERKAITAN HUDUD : NOTA RINGKAS SAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi lampu hijau, MT UMNO yang juga YDP YADIM sudah beri 'green light', Tengku Razaleigh sudah beri 'green light'. Semoga Kerajaan negeri Kelantan BERJAYA menguatkuasakan undang-undang hudud di negeri Kelantan. Semoga ahli Parlimen beragama Islam dapat sepakat bersetuju di parlimen apabila tiba masanya perlu sokongan mereka. Biar Kelantan laksanakan, jika ada kelemahan dalam pelaksanaan di sana sini selepas ini, kita pakat baiki sama-sama. Insha Allah. Beberapa nota ringkas saya (pandangan peribadi): 1. Hudud hanya akan terjatuh bagi individu yang benar-benar jahat dan sebab itu syaratnya sangat ketat hingga sebahagian pengkritik merasakan 'mustahil' dapat dicari saksi dan bukti sedemikian. Jika tidak cukup syarat maka hukuman ta'zir sahaja yang akan dijatuhkan. Tahap berat hukuman tertakluk kepada peruntukan u