Skip to main content

Posts

Showing posts from July 4, 2010

Ini Penganiayaan Kepada Tok Guru? : Pemimpin Peringkat Bawah Diseru Tidak Berselindung Dibawah Kewibawaan Nik Aziz!

Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni Diatas adalah motto blogger Muara    Salam Sejahtera buat Semua!      Tak ada insan yang mahu hidup susah! Semua manusia menginginkan hidup yang sejahtera dan sempurna! Makan  dan pakai yang  sempurna atau  setidak-tidaknya sekadar mencukupi untuk anak-anak!  Masyarakat yang menjadi mata dan telinga kepada kehidupan satu kemuniti didalam sesuatu kampung perlulah mengambil tahu akan hal kehidupan disekeliling mereka! Apa yang terjadi kepada Mohd Yusof  Wahab adalah mangsa keadaan setempat walaupun memang tidak dinafikan akan kelemahan diri beliau memang ada!

Malaysia Bukan Hak Milik Mutlak UMNO -Kalau bercakap Guna Kebijaksanaan! Jangan Bongkak

Kementerian Dalam Negeri bersedia menyita bangunan pejabat tempat Suara Keadilan beroperasi dan kilang pencetaknya jika akhbar PKR itu terus diterbitkan tanpa permit. “Sudah tentu boleh (ditutup),” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika ditanya mengenai kenyataan PKR bahawa Suara Keadilan akan terus diterbitkan. Oh sungguh bongkak menteri umno berbicara! Perhatikan petikan diatas pada; "Sudah tentu boleh (ditutup)"       Hishamuddin lupa bahawa dalam Malaysia bukan  milik  orang umno sahaja, orang pas ada , keadilan ada kita minta bila bercakap gunalah penapis sikit! Mentang-mentanglah kuasa ada pada kamu , kamu boleh buat apa yang kamu nak buat!      Benda yang pelik berlaku di Malaysia ialah kalau bertindak untuk parti begitu cepat jentera berat umno ini  bergerak! Tapi bila bab nak jaga rakyat contoh kenaikan harga barang, berbagai alasan dicari dan dipusing, nanti kita akan kaji dulu, tunggu dulu, kita  bincang dulu dengan  pengelu

Sumpah Dalam Islam

22 Rejab 1431 H Oleh: AKHISALMAN Sumpah adalah: Satu akad yang disokong dengan penguat utk org yg bersumpah berazam melakukan satu perkara atau meninggalkannya. Pensyariatan Sumpah. Ia disyariatkan berdasarkan dalil-dalil berikut: Firman Allah: Tafsirnya: "Allah tidak mengira sumpah yang main2 dan tetapi Allah mengira sumpah yg dibuat secara sungguh."(89: Maidah). Nabi bersabda: "Apabila kamu bersumpah dgn satu perkara dan melihat lebih baik pd melanggar sumpah maka buat yg lebih baik dan hendaklah kamu bayar kaffarah sumpah."(Hr Tirmizi) Ijmak Ulama menyatakan disyariatkan sumpah. Syarat-syarat sumpah. 1. Hendaklah ia dilakukan oleh orang yang Islam, berakal dan sudah baligh. Maka tak sah sumpah dari orang yang kafir, budak kecik dan kafir. 2. Ianya berlaku ketika jaga dan tidak dipaksa. 3. Hendaklah perkara yg disumpah adalah perkara yg boleh berlaku. siapa yang bersumpah nak minum air yang tidak mungkin wujud ketika itu