Skip to main content

Posts

Showing posts from August 29, 2010

Baik Tetap Baik - Hayati Tazkirah Dari Lampung Sumatera

Umar Al Faruqqi Dari Indonesia Fahami ucapan beliau... Adik Umar Al Faruqqi      Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah  tentang kedutaan Malaysia di Indonesia dibaling najis oleh bendera             Apakah pendirian kita?  Pendirian kita didalam perkara  ini ialah baca kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada hari yang sama selepas beliau menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu - di pentas yang sama adik Umar Al Faruqqi menyampaikan tazkirah pendeknya!

Negara Islam Hanya Kulit, Bukan Teras Perjuangan Pas – Ustaz Afandi

Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa! Malaysia adalah negara demokrasi- kata P Ramlee demokrasi terpimpin. Disini bukan nak bincang pasal demokrasi terpimpin tetapi apa yang nak saya luahkan ialah kebimbangan yang dibuat-buat oleh kawan-kawan kita dari Umno tentang orang melayu akan  hilang kuasa bila pas rapat dengan DAP Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika perjuangan tersebut mejadi nadi, sudah pasti mereka akan mengambil keputusan nekad meninggalkan Dap yang secarang terang-terangan menentang pelaksanaan hukum berkenaan sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh sebelum ini. Kenapa cemburu bila Pas berkawan dengan DAP? Umno berkawan dengan MCA Pas tak kata apa pun!! “Tegas beliau jika Pas tidak berani membawa perkara itu di Parlimen dan tidak menggubal enakmen kanun jenayah syariah di Kedah, Selangor, sepertimana di Kelantan dan Terengganu ketika mereka memerintah dahulu, bermakna Pas berbohong kepada rakyat khusu

Nik Aziz Sifatkan Tunjuk Perasaan Anti Malaysia Memalukan..

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai "memalukan". Mursyidul Am Pas itu berkata sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan. "Memang perkara itu memalukan kerana kita berjiran, sebangsa dan seagama, kenapa boleh jadi begitu? Ini memalukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat. Nik Abdul Aziz sebelum itu diwawancara sebuah stesen televisyen Indonesia, TV One. Beliau yang diminta mengulas insiden Isnin lepas itu juga berpandangan Malaysia dan Indonesia adalah seperti dua beradik yang seharusnya menjadi contoh baik kepada negara lain.