Skip to main content

Posts

Showing posts from April 15, 2012

BN resah pemimpin utama Pakatan tanding di Johor

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 April: Walaupun masih di peringkat khabar angin, Barisan Nasional (BN) terutama MCA sudah menggeletar apabila pemimpin popular PAS dan DAP akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini, PAS mengumumkan naib presidennya, Salahudin Ayub akan bertanding di Johor, kini akhbar Cina mula memainkan isu pemimpin kanan DAP pula akan bertanding di Johor. Akhbar Sin Chew pada 16 April melaporkan bahawa terdapat desas-desus penasihat DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang akan bertanding di Johor sebagai langkah strategik untuk menumbangkan kubu kuat Barisan Nasional di negeri selatan itu. Selain itu, laman web The Malaysian Times turut melaporkan perkara yang sama bahawa Lim kemungkinan besar bertanding di Kulai atau Labis, kedua-dua kerusi MCA yang kini disandang bekas presiden MCA Ong Ka Ting dan anak presiden kepada presiden MCA kini, Chua Tee Yong. Bukan itu sahaja, ahli parlimen Batu

Najib Perli Isteri Bekerja Yang Kerap Mengandung

Cuti bersalin 5 tahun tanpa gaji tidak selesai masalah – Nik Aziz Written by Maslan Yusoh                     “Cuti sehingga lima tahun, namun mereka tidak diberi gaji. Gaji hanya diberi setakat 60 hari sahaja. Dan selepas itu mereka akan mengandung lagi, jadi diberi cuti lagi. “Ini macam tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan kakitangan wanita,” ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini. Semalam Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memberitahu kerajaan bersetuju melanjutkan cuti bersalin tanpa gaji bagi kakitangan sektor awam kepada maksimum lima tahun berkuatkuasa serta merta. Jumlah cuti bersalin tanpa gaji itu boleh diambil secara terkumpul atau sedikit demi sedikit. Bagaimanapun Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menganggap keputusan itu sebagai tidak praktikal kerana ia boleh menjejaskan prestasi kakitangan yang bercuti, serta mendatangkan kesan dari