Skip to main content

Posts

Showing posts from October 14, 2012

Raja Yang Sebenar Kepada Manusia

HATI DAN KECERDASAN Mengikut kitab al-Fawaid oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah, beliau menganalogikan hati dengan bejana Allah yang ada di bumi. Oleh sebab itu, Allah sangat menyukai hati yang lembut, lunak dan bersih. Sekiranya kita selalu memberi hati makanan berbentuk zikir-zikir pada Allah, menaburinya dengan tafakur dan menyucikannya daripada hal-hal yang melencong, nescaya kita akan dapat menemu pelbagai bentuk keajaiban dan hikmah. Keimanan dan ketakwaan itu tidak diperolehi sekiranya orang itu tidak melembut, menunduk dan membersihkan hatinya. Kedudukan manusia di hadapan Allah mampu jatuh, bahkan mampu berada lebih rendah daripada kedudukan syaitan nirrojim disebabkan keadaan hatinya juga. Ia terjadi apabila manusia tidak menyelimuti hatinya dengan keimanan dan ketakwaan walaupun senipis kulit bawang.