Skip to main content

Posts

Showing posts from July 15, 2012

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….

Ramadhan: Universiti Tarbiyah

"Mewakili seluruh warga DPPM, saya ucapkan Ramadhan Kareem buat seluruh rakyat yang beragama Islam terutama anak - anak muda muslim agar Ramadhan ini bagai sebuah Universiti Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa serta mutu perjuangan yang hebat ke arah memacu gerakan perubahan dalam negara kita" kata Ustaz Nasrudin Ramadhan ini bagai sebuah Universiti Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa Ustaz Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyenaraikan beberapa langkah untuk memantapkan iman dan roh perjuangan sempena Ramadhan tahun ini Terapi Ramadhan insya Allah akan terus menyemarak semangat  Ubudiyyah dan Jihad Islami ke arah mewajah Malaysia Baru bersama Islam. “DPPM dan DPPN , anda semua diputuskan agar membaca al Quran sekurang-kurang 20 minit sehari dan jika boleh pastikan Al Quran di khatamkan tilawahnya sepanjang Ramadhan ini” Nasrudin seterusnya menyeru;“Justeru itu harap semua pentazkirah menyentuh isu kezalim

SOLAT TARAWIH – LAKUKAN DENGAN IKHLAS, INSYAALLAH PASTI ADA GANJARAN

SELAMAT BERIBADAT DENGAN IKHLAS  SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH  YANG MAHA ESA HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya. SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut. Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. tela

Wanita Pertama Negara Islam Buat Jambul, Ketua Majlis Negara Kafir Pakai Tudung

Kota Bharu – Pagi  16hb. Julai, 2012  11.15 pagi, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima kunjungan hormat dari  Dato Nik Fauziyah binti Nik Idris, Yang dipertua Majlis Perbandaran Yingo, Narathiwat, Thailand di Pejabat Menteri Besar, Kota Darul Naim. Dato Nik Fauziyah  yang  bertudung kelihatan gembira  menerima cenderamata dari Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Ahmad Fadhli Shaari Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kelantan, mengulas tentang pertemuan tersebut mengatakan, agak mengkagumkan apabila seorang wanita, penjawat awam kepada kerajaan Budha ini bertudung sempurna, dan bercakap dengan semangat untuk menerapkan nilai-nilai Islam di Yingo, Narathiwat. Berbeza dengan wanita pertama ini;

Tarikh dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 1433 Hijrah

Menurut laman web Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh melihat anak bulan Ramadhan pada tahun ini ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.   Tempat Melihat Anak Bulan  Mengikut Negeri-negeri Di Malaysia Pada Setiap Tahun:     Perlis Kuala Sungai Baru Simpang 4, Perlis Kedah Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah, Pulau  Sayak, Kuala Muda Kedah, Menara Telekom, Alor Setar Kedah.   Pulai Pinang Pantai Aceh Pulau Pinang, Perak Pantai Pasir Panjang, Perak Selangor Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor, Bukit Jugra, Selangor, Pulau Angsa Kuala Selangor, Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, PICC, Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan Teluk Kemang, Negeri Sembilan Melaka Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka Johor Pontian Kecil, Johor Pahang Bukit Tanjung Batu, Nenasi Pahang, Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang Kelantan Bukit Kampung Tem

Nama-nama Lain Mekah Dalam Al Quran

Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran. 1. Makkah - (Al-Fath [48]: 24). 2. Bakkah - (Ali Imran [3]: 96). 3. Umm Al-Qura - (Al-An‘am [6]: 92). 4. Al-Balad - (Al-Balad [90]: 1-2). 5. Al-Baldah -(Al-Naml [27]: 91). 6. Al-Balad Al-Amin -(Al-Tin [95]: 1-3). 7. Al-Balad Al Aminin -(Al-Baqarah [2]: 126).