Skip to main content

Ramadhan: Universiti Tarbiyah

"Mewakili seluruh warga DPPM, saya ucapkan Ramadhan Kareem buat seluruh rakyat yang beragama Islam terutama anak - anak muda muslim agar Ramadhan ini bagai sebuah Universiti Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa serta mutu perjuangan yang hebat ke arah memacu gerakan perubahan dalam negara kita" kata Ustaz Nasrudin

Ramadhan ini bagai sebuah Universiti Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa

Ustaz Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyenaraikan beberapa langkah untuk memantapkan iman dan roh perjuangan sempena Ramadhan tahun ini

Terapi Ramadhan insya Allah akan terus menyemarak semangat  Ubudiyyah dan Jihad Islami ke arah mewajah Malaysia Baru bersama Islam.
“DPPM dan DPPN , anda semua diputuskan agar membaca al Quran sekurang-kurang 20 minit sehari dan jika boleh pastikan Al Quran di khatamkan tilawahnya sepanjang Ramadhan ini”
Nasrudin seterusnya menyeru;“Justeru itu harap semua pentazkirah menyentuh isu kezaliman ISA dan betapa mangsanya perlu dibebaskan segera atau dakwa di mahkamah”.  “Bulan Ramadhan telah diisytiharkan sebagai bulan kempen bebaskan mangsa ISA”, sambung Ustaz Nasrudin

“Tingkatkan amal kebajikan, maksimumkan penglibatan bersama masyarakat melalui program iftar Jamaei dan lainnya.Tambah  Ustaz Nasrudin“Ramadhan jua adalah bulan munajat untuk memastikan Islam yang kita perjuangkan ini mendapat tempat dihati rakyat dan kita berjaya mempersadakan perjuangan ini ke mercu jaya”

“Titipkan doa buat seluruh mangsa kezaliman regim Myanmar dan Syria yang telah mengorbankan puluhan atau ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah. Demikian jua buat semua mangsa kezaliman di seluruh dunia termasuk dalam negara kita”, kata Ustaz Nasrudin didalam Harakah Daily

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air...

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….