Skip to main content

TAJUK PILIHAN





Tiada keperluan pelajar bawa telefon ke sekolah

 

KOTA BHARU: Penggunaan ā€˜gajetā€™ oleh pelajar khususnya di sekolah bukan menyelesaikan beban, sebaliknya akan menambahkan beban di kalangan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri,  Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata tiada keperluan langsung bagi membolehkan cadangan penggunaan telefon oleh pelajar di sekolah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco ketika diminta mengulas berhubung perkara itu sebentar tadi.

ā€œSecara peribadinya saya tidak bersetuju kerana ianya akan mengganggu pelajar di sekolah.

ā€œKalau ada masaalah pelajar di sekolah, mereka boleh menggunakan telefon awam atau pihak sekolah juga boleh menghubungi ibu bapa masing-masing sekiranya ada masalah,ā€ ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata keputusan sama ada pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah atau sebaliknya masih dalam perbincangan.

Amar seterusnya berkata, dengan adanya kemudahan alat itu, penyebaran perkara yang tidak sihat akan mudah berlaku dan disalahgunakan oleh pelajar.

ā€œKerana itu kebenaran membawa telefon bimbit di sekolah tidak ada kepentingannya, apa lagi ianya akan membuatkan mereka leka dengan gajet tersebut,ā€ujarnya.
 -----------------------------------------------------------------------------



Air Selangor: Umno buat silap besar, kata Rani


SHAH ALAM: PAS menyifatkan tindakan Umno Barisan Nasional (BN) yang cuba mensabotaj Selangor dengan menimbulkan isu krisis air di negeri itu sebagai kesilapan besar.

Bercakap kepada Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, kini rakyat Selangor boleh menilai sikap kerajaan Pusat dan BN negeri dalam isu itu.

"Rakyat lebih cerdik dan sedar dengan apa yang telah ditimbulkan oleh Umno-BN dalam soal krisis air, walaupun terdapat sabotaj telah dilakukan oleh pihak Syabas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas).

"Ini merupakan satu kesilapan besar mereka kerana segala apa yang dilakukan itu akan memberi impak kepada politik mereka," katanya.

Beliau turut berpendapat, dengan isu air yang dimainkan oleh Umno-BN, belum pasti parti itu dapat merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.

"Umno-BN ingat dengan memperbesarkan isu air ini mereka dapat mengambil balik Selangor, itu tidak akan berlaku kerana rakyat negeri ini mengetahui keadaan yang sebenarnya.

"Malah rakyat juga tahu Umno-BN berada dalam keadaan yang terdesak sebab itulah mereka terpaksa mereka cipta isu air walaupun pada hakikatnya ia sebaliknya," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, tinjauan rambang yang dilakukan menunjukkan rakyat negeri ini tidak termakan momokan Umno BN malah akan terus bersama mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Rakyat akan terus mempertahankan kerajaan Pakatan yang terus menjaga kebajikan terutama dalam soal pemberian air percuma bukannya kerajaan yang menyusahkan rakyat demi kepentingan agenda politik mereka," tambah beliau lagi.

Dalam isu air Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim secara terbuka telah menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan kerajaan pusat.

Namun sehingga sekarang tidak ada sebarang jawapan diperolehi dari kerajaan pusat mahupun pemimpin Umno-BN untuk berdebat isu tersebut.

Menurutnya lagi, Akhbar Sinar Harian sanggup menganjurkan prgram debat tersebut jika pihaknya mendapat jawapan kesanggupan dari pihak kerajaan untuk berdebat dengan Khalid dalam isu krisis air di Selangor.

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP ā€“ SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; ā€œmengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satuĀ­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)ā€ Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoika...

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Diganggu Bayangan Sepanjang Masa Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkanā€¦.

RISIKO HURU-HARA - Polis Berguru dari Penasihat 25%

 - Maklumat yang diterima daripada risikan mendapati ada pihak tertentu dan anasir asing cuba eksploitasi keadaan - "Jika  perhimpunan ini diadakan juga, ia boleh cetuskan  ketegangan, keadaan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan, malah mungkin melibatkan kehilangan nyawa." - - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar  BERSIH   sudah di Bersihkan! Berikutan kelemahan Umno dan BN didalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat diatas ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan barisan nasional mutakhir ini, pihak polis didapati terang-terangan mengikut telunjuk pihak-pihak yang berkepentingan didalam Umno BN Seperti kata ketua polis negara " Berdasarkan risikan, penilaian dan taksiran keselamatan Polis Diraja Malaysia, jika perhimpunan ini diadakan juga ,boleh cetuskan ketegangan, keadaan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan malah mungkin kehilangan nyawa " " Maklumat yang kita terima turut sahkan ada usaha oleh pihak-pihak tertentu d...