Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Seperti Pencuri Nak Elak Dikejar Orang Ramai

Pencuri itu menjerit : "Pencuri! Pencuri!! Pencuri! Pencuri!!!" Jeritan itu boleh mengalihkan  pandangan orang ramai yang sedang mencari-cari dan menuju kearah orang yang menjerit tadi untuk menangkap pencuri! Kita tahu siapa yang membuat replika cek kononnya berharga 4 billion  demi untuk memburukkan  nama Tuan Guru semata-mata! Kain rentang dipasang untuk memburukan emej Menteri Besar Kelantan! Tuan Guru di Perli oleh Umno! Mereka cipta isu, mereka juga makan isu mereka sendiri!        Terlalu berharap seolah-olah mereka langsung tidak amal rasuah, agar rakyat akan mengalihkan sokongan dari PR kepada BN! Namun yang sebaliknya ialah merekalah yang sentiasa tak cukup wang, sering berebut  jawatan dan beramala dengan rasuah demi tembolok sendiri!

Berhati-hati Bila Kita Berkata-kata Bimbang Menjerat Diri Kembali!

Umno kata Kita!  Kita Kata Umno Judi Tetap Haram Walau Di Negeri Mana Ia beroperasi! Oleh: para_jump101 airborne Sebenarnya Geng-geng UMNO dan Marican ni marah sangat kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri bagi PR ialah kerana LGE berikan sumbangan kepada fakir miskin, orang-orang tua, Ibu-ibu tunggal, OKU dan lain-lain gulungan yang memerlukan bantuan kewangan. Semasa Pulau Pinang ditadbir oleh Gerakan dan UMNO dalam BN, wang judi berkenaan memang tidak disumbangkan atau diberikan kepada gulungan yang dinyatakan itu. Tetapi wang hasil dari judi itu dibolot oleh UMNo dan geng-geng Marican dalam bentuk projek, perbelanjaan aktiviti UMNO dan dikeluarkan atas nama NGO-NGO UMNO base. Maka mereka amat gembira dan memuji kerajaan Negeri yang diterajui oleh Gerakan.UMNO (BN) kerana merasakan wang itu benar-benar dimanfaatkan dan dianggap halal dan dapat mengisi tembolok mereka sahaja. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari rezeki dari lain-lain punca. Rezeki akan datang b

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431Hijrah

   Semoga kawan bloger semua dapat menerima ucapan Selamat Hari Raya ini seadanya... kad ini dilakarkan dengan kadar yang segera, tak tahulah bulan ramadhan ini bagaiakan dihambat waktu sentiasa saja kesuntukan waktu. Sepanjang masa tak berkesempatan, entah apa yang dibuat !   Semoga kawan semua bergembira dihari raya nanti....   Sewaktu memandu sama ada untuk pulang kekampung atau sewaktu ziarah hari raya nanti, sentiasalah berhati-hati  dan bersabar!

Baik Tetap Baik - Hayati Tazkirah Dari Lampung Sumatera

Umar Al Faruqqi Dari Indonesia Fahami ucapan beliau... Adik Umar Al Faruqqi      Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah  tentang kedutaan Malaysia di Indonesia dibaling najis oleh bendera             Apakah pendirian kita?  Pendirian kita didalam perkara  ini ialah baca kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada hari yang sama selepas beliau menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu - di pentas yang sama adik Umar Al Faruqqi menyampaikan tazkirah pendeknya!

Negara Islam Hanya Kulit, Bukan Teras Perjuangan Pas – Ustaz Afandi

Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa! Malaysia adalah negara demokrasi- kata P Ramlee demokrasi terpimpin. Disini bukan nak bincang pasal demokrasi terpimpin tetapi apa yang nak saya luahkan ialah kebimbangan yang dibuat-buat oleh kawan-kawan kita dari Umno tentang orang melayu akan  hilang kuasa bila pas rapat dengan DAP Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika perjuangan tersebut mejadi nadi, sudah pasti mereka akan mengambil keputusan nekad meninggalkan Dap yang secarang terang-terangan menentang pelaksanaan hukum berkenaan sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh sebelum ini. Kenapa cemburu bila Pas berkawan dengan DAP? Umno berkawan dengan MCA Pas tak kata apa pun!! “Tegas beliau jika Pas tidak berani membawa perkara itu di Parlimen dan tidak menggubal enakmen kanun jenayah syariah di Kedah, Selangor, sepertimana di Kelantan dan Terengganu ketika mereka memerintah dahulu, bermakna Pas berbohong kepada rakyat khusu

Nik Aziz Sifatkan Tunjuk Perasaan Anti Malaysia Memalukan..

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai "memalukan". Mursyidul Am Pas itu berkata sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan. "Memang perkara itu memalukan kerana kita berjiran, sebangsa dan seagama, kenapa boleh jadi begitu? Ini memalukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat. Nik Abdul Aziz sebelum itu diwawancara sebuah stesen televisyen Indonesia, TV One. Beliau yang diminta mengulas insiden Isnin lepas itu juga berpandangan Malaysia dan Indonesia adalah seperti dua beradik yang seharusnya menjadi contoh baik kepada negara lain.     

Strategi Memakan Diri

Salam Ramadhan Untuk Muslim Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya ‘malu’) dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”. Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media. Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan

Memang Ternyata Ezam Kejar Pangkat

Dulu kata Umno Penyamun...   Sekarang Dah Jadi Kerabat Pulak! Ikuti Sedutan Ucapan Sewaktu angan-angan masih diawan (angan-angan nak jadi MB Selangor kot)       Dulu lain sekarang lain..... Demi perut manusia sanggup melakukan apa saja.....   Adakah sudah tebukti yang DSAI bersalah yang menyebabkan Ezam dah bertukar haluan? Sebab didalam video penuh ucapan beliau, Ezam kata beliau akan masuk umno jika ada bukti Anwar meliwat, ketika didalam tahanan bila diasak oleh polis waktu dulu, tetapi sekarang perbicaraan masih berjalan, namun kini beliau dah jadi senator! kah kah kah... siapa sebenarnya penyamun?  Penyamun ini diambil dari siri ucapan Ezam didalam tajuk Dokumen Penyamun!     Ezam ..., ! Ezam! Kau sekarang dah bahagialah ye...  Tak payah susah-susah lagi  nak berdepan dengan SB SB yang dulu sentiasa mengekori setiap pergerakan kau..!

Kabel TM Kena Curi - 4 Hari Offline

Salam Ramadhan  Yang Penuh Berkat!      Tak tahu nak kata apa bila terjadi keadaan ini! Terlalu kecewa, marah dan  semua perasaan benci kepada pelaku menjerat diri.     Marah pada diri sendiripun ada, kerana tak mampu melakukan sesuatu untuk mendidik  masyarakat supaya membaiki keadaan ini, tapi bila difikirkan akan siapalah diri ini untuk bertindak sampai tahap itu keadaan menjadicbiasa kembali dan reda...  Marah pada pihak bekuasa pun ada. Ya tiada rondaan yang dibuat!    Tapi yang pastinya dari 18hb Ogos hingga kesaat ini 1:19 tengahari  21hb Ogos baru line internet boleh online! Puncanya ialah kabel TM kena curi ! Pencurinya tak tahulah... Yang pastinya ada orang curi waktu malam hari . Kabel yang hampir menyembah bumi setelah sebahagiannya dipotong       Walaupun pencuri berjaya memotong kabel pada malam hari, namun pencuri tersebut tidak berjaya memotong bahagian yang terdapat pada tiang satu lagi. Jadi kabel tersebut terjuntai kebawah, Tapi yang peliknya pada waktu sian

Berkongsi Cerita Lama - Rintihan Adik Ita!

Sebuah Kisah Untuk Dijadikan Iktibar dan Pengajaran  Gambar hiasan Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan di

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

 3 Bahagian Yang Allah Berikan pada Ramadhan Yang Barakah    10 hari yang pertama adalah RAHMAT    10 hari yang kedua adalah PENGAMPUNAN    10 hari yang ketiga adalah SYURGA (bebas dari api Neraka Allah) yang boleh dimasuki melalui pintu Ar- Rayyan Sebelum puasa kena tengok anak bulan dulu Firman Allah Taala: فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ .. " .. Sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .." (1) Rukyah sebagaimana yang sedia diketahui ialah melihat anak bulan. Menurut hukum syarak:  Sabitnya bulan Ramadhan ialah dengan jalan rukyah (atau mengetahuinya melalui sebaran am). Kalau tidak nampak, kerana anak bulan Ramadhan dilindungi awan,  maka hendaklah disempurnakan bilangan bulan Sya'aban tiga puluh hari. Demikian juga halnya mengenai bulan Syawal.  _____________________ 1. Ayat 185, Surah Al-Baqarah. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut: 11- عَ

Rosak dan Jahanam Umat Islam Malaysia, bila arah pemikiran berkiblatkan Sekular!

MELAKA 3 Ogos - Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Beliau berkata, sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ. Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penyhayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di sini hari ini. Beliau berkata, terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah. "Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan,” kata Mohd. Ali. - Bernama Nota: P

Apakah Maknanya Ini?

Kejadian Runtuhan Tempat Disko   Sebagai umat Islam pertimbangkan akan setiap kejadian itu ada petunjuk dan ruang untuk kita bermuhasabah diri,  apakah yang kita lakukan selama ini diterima oleh Allah yang punya alam ini, dan adakah kita semakin dekat dengan Allah atau kita semakin jauh daripada Allah?

Yahudi dan Konco-konconya Terus Biadap

Betapa biadap dan beraninya sebijik gereja di Gainsville, Florida merancang menganjurkan "hari membakar al-Quran" sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 september 2001. Konsul Hubungan Amerika-Islam, (CAIR), kempen itu akan menyediakan 100,000 salinan al-Quran kepada penduduk di negara itu. CAIR juga juga bertindak kurang ajar dengan meminta penganut agama Islam untuk mengadakan majlis makan malam "berkongsi al-Quran" sepanjan bulan Ramadhan ini. Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE) mendesak gereja tersebut membatalkan upacara itu kerana boleh menimbulkan ketegangan agama. Kredit untuk  berita terkini, isu panas      Lagi  Kami Sokong Tok Guru Kenyataan asal  Paderi CNN                             

Perasmian Juara Rakyat Oleh Yang Tak Bernama

      Pihak Penerbit Tak Mahu Kata Apa Dengarlah secebis kata-kata dari orang yang tak bernama ini.... Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa!  Saudara yang masuk ke blog ini beri komnen dulu baru pihak muara akan mengulas komen tersebut dan memberi pandangan bagi pihak Muara! Adakah Juara Rakyat Ini Terkenal Hingga nama pun tertinggal?                                                                                        Berikut ialah sedutan ucxapan perasmian majlis yang dihidangkan dengan  gulai kawah, satu pikul daging (lebih kurang sekor lembulah... tapi tak cukup.. tetamu tak sampai 500 orang):-    Begitulah sedutan ucapan oleh Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa..  Saya tak mahu perkenalkan namanya kerana dia adalah orang yang sudah terkenal...

YB Hajjah Wan Ubaidah DiMajlis Perasmian JPKS Badang

Perjumpaan IbuBapa Pelajar Dengan Guru Sekolah                                                                       atau                             Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah (JPKS)                                                     Pada: 18 Syaaban 1431 Hijrah                                     Tempat: Sek Men Ugama (Arab) Istiqamah Badang                                                           Kelantan Darul Naim                                                                    Perasmian Oleh:                                          Yang Berhormat Hajjah  Wan Ubaidah Bt. Omar                                                                 (Adun Kijang) Berikut ialah ucapan beliau dihari tersebut:-                                                                                  YB menekankan perlunya kerajaan, ibubapa dan guru(pihak sekolah) berkerja sama demi masa depan  anak-anak                                                                  

Kenapa Arab Membiarkan Tanah Palestin Dirampas Yahudi????????!!!!

Salam Sejahtera Untuk Semua (tidak termasuk bangsa jahat Yahudi): Wahai anda yang ada sifat perikemanusiaan, dengarlah rintihan rakyat Palestin, mereka tiada tempat lagi untuk mengadu selain dari Allah dan negara-negara seagama seperti kita. Inilah peta asal negara Palestine Rakyat Palestin sudah terkepong begitu lama. Tanahair mereka dirampas dengan kejam secara sedikit demi sedikit. Jika kita kata Israel itu zalim, kita orang yang seagama dengan mereka(Palestin) lagi zalim kerana tidak membantu atau membiarkan mereka dizalimi!      Bagaimanakah caranya seluruh rakyat Malaysia nak membantu rakyat Palestin ini? Banyak cara dan daya yang boleh rakyat Malaysia  lakukan! Antaranya ialah boikot barang yang dikeluarkan secara langsung atau tidak langsung oleh Yahudi.     Antara barang yang mesti diboikot ialah Coca-cola; kerana hasil jualannya adalah dihantar terus kepada Yahudi di Palestine.    Nestle juga produk Yahudi, milo juga hasilnya dihantar secara langsung kepada Yah

Menangislah..

4 Syaaban 1431H. Oleh : Akhisalman GAMBARAN DAN KELEBIHAN MENANGIS Sekadar gambar hiasan (( إذا تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجدا وبكيا)) (مريم: 58) Maksudnya: Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yang maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis. ( سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: -منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.) Maksudnya: Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya. (HR Bukhari dan Muslim) ( لا يلج النار رجل بكى من خشية الله، حتى يعود البن في الضرع) Maksudnya: Tidak masuk neraka lelaki yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu masuk ke dalam putingnya kembali (menunjukkan kepada takkan masuk ke neraka lelaki tersebut)(HR Tirmizi) ( طوبى لمن ملك لسانه، ووسعه بيته، وبكى على خطيئته) Maksudnya: Beruntunglah seiapa yang dapat menjaga lidahnya dari dosa dan kesalahan, rumahnya selesa baginya dan menangis

Inilah Moto Pembela Rakyat - Dahulukan Nafsu Buas Pemimpin !

..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah.. Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas.. Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah.. Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jas

Perkasa - Nama Baru Bagi Umno

  Salam Sejahtera  Untuk Semua Pintu pagar Putrajaya dibuka untuk PR    Tajuk diatas diambil dari Blog Ustaz Saiful Bahri, menarik juga bunyi tajuk diatas, walau pun ia sebagai gurauan, tetapi ianya tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. Seterusnya saya jumpa dengan perenggang berikut;  "Pemimpin UMNO jadi serba salah. MCA pulak nak wujudkan Perkasa Cina. Nanti MIC pun nak wujudkan Perkasa India. Habis sapa nak perkosa sapa? Masing-masing nak tunjuk kuat. Ahli Umno sendiri sudah terasa bakal kehilangan cengkaman dan kuasa. Apatah lagi dengan desakan demi desakan dari Parti kompenan BN untuk menuntut pelbagai tuntutan demi kepentingan politik masing-masing".         Kepada pembaca yang nak baca tulisan Ustaz Saiful boleh terus (klik) ke artikel tersebut. Disini saya nak masuk sikit tentang produk baru umno, bekas ahli umno dan mereka yang ada aura umno didalam badan mereka! Seterusnya;"Itulah sebabnya Umno bersetuju dengan gerakan Perkasa yang ditubuhkan oleh Ib

Hukum Perempuan Solat Jumaat

1 Syaaban 1431 H Oleh: AKHISALMAN Saya sering ditanya pasal perempuan yang pergi solat Jumaat; adakah dia perlu menunaikan solat zuhur pulak. Ini jawapannya: Hukum solat Jumaat bagi wanita Tidak ada khilaf bahawa perempuan tidak diwajibkan solat Jumaat. Ibnu Munzir telah berkata dalam kitabnya (Ijmak):"Telah bersepakat semua ulama yang kami tahu; tidak wajib solat Jumaat kepada wanita."Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w: (الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة أو صبي أو مريض Maksudnya: Solat Jumaat adalah hak yang wajib bagi setiap Muslim secara berjemaah melainkan 4 golongan:                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

Umno Berubah Pas Berubah - Mana Yang Berubah Kearah Islam?

        Salam Sejahtera Untuk Semua     Semalam, 10hb.Julai  di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan telah pun berlangsung Wacana  Perdana "Bolehkah Melayu Bersatu"     Dr. Mohd Asri telah mengulas mengenai :                                     Pas Ibarat wanita Solehah dan Umno umpama lelaki jahat      Dr. Mohd Asri  turut mengulas Pas sekarang tidak lagi perlu mengulang-ulang cakap tentang hudud kerana benda yang cantik perlu masa yang cantik atau ketika yang kondusif  untuk dilaksanakan!                                            Umno lebih suka jika rakyat kembali memakai cawat!            Panel yang berhujah dengan mantap dan menonjol hanyalah Dr Asri dan Dr Mujahid. Ahli panel yang lain semuanya makan ubi kayu  belaka!           Audien pun tak boleh kawal emosi. Sepatutnya diam dan dengarlah semua hujah biarpun dari mereka yang tidak kita sokong! Biar ahli panel yang menjawab!  Itu lebih bijak dari bersorak macam penonton bola sepak sahaja!

Ini Penganiayaan Kepada Tok Guru? : Pemimpin Peringkat Bawah Diseru Tidak Berselindung Dibawah Kewibawaan Nik Aziz!

Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni Diatas adalah motto blogger Muara    Salam Sejahtera buat Semua!      Tak ada insan yang mahu hidup susah! Semua manusia menginginkan hidup yang sejahtera dan sempurna! Makan  dan pakai yang  sempurna atau  setidak-tidaknya sekadar mencukupi untuk anak-anak!  Masyarakat yang menjadi mata dan telinga kepada kehidupan satu kemuniti didalam sesuatu kampung perlulah mengambil tahu akan hal kehidupan disekeliling mereka! Apa yang terjadi kepada Mohd Yusof  Wahab adalah mangsa keadaan setempat walaupun memang tidak dinafikan akan kelemahan diri beliau memang ada!