Skip to main content

Posts

Showing posts from May 26, 2013

PAS Kelantan Senada Tolak Jatuhkan Kerajaan Dengan Cara Kekerasan

Belum Ada Pertemuan Antara Pimpinan PR Selepas PRU13? Timbalan Menteri Besar Kelantan - Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah KOTA BAHARU, 28 Mei (Bernama) -- PAS Kelantan senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara. "Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kela