Isu Penggunaan Kalimah Allah OLeh Bukan Islam (Dalam isu ini ialah terjemahan untuk bible) Mursyidul Am Setuju, Timbalan Tak Setuju Kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipetik dari HM Online: Kota Bharu: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, mahu penganut agama lain di negara ini turut diberi ruang untuk membolehkan mereka menggunakan kalimah Allah. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, berharap melalui kaedah itu, ia secara tidak langsung membuka hati penganut agama lain untuk menerima Islam. āIni pendapat saya, kalimah Allah ini disebut orang jahiliah sejak zaman berzaman lagi walaupun mereka sembah berhala. Namun, kalau ditanya siapa buat langit bumi, mereka kata Allah. Ertinya penggunaan kalimah Allah ini tidak hanya pada orang Islam, malah jahiliyah juga. āPerlu ada ruang kepada bukan Islam sebut kalimah Allah, bagaimanapun mengenai kaedah ruang itu, ia boleh dibawa berbincang. Mudah-mudahan keramatnya kalimah Allah ini akan terb...