16 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 12 Dis: Peguam Karpal Singh dalam hujah penggulungannya pagi tadi mendakwa ucapan Datuk Seri Najib pada Perhimpunan Agung Umno lalu yang menyerang Datuk Seri Anwar adalah campur tangan berat dalam kes Liwat II. Tindakan itu juga ujarnya bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh mempengaruhi keputusan yang akan dibuat. Sementara itu, Anwar yang ditemui juga turut menyatakan pendirian sama dan mahu mahkamah mengambil perhatian berhubung perkara itu. "Melihat kepada perbicaraan sebelum ini kita telah menyediakan segala bukti yang mencukupi dan fakta yang jelas terhadap kes tersebut. "Tetapi apa yang dilakukan tadi Peguam Karpal Singh telah menyatakan bahawa ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agong Umno yang lalu telah menyerang saya secara terus," kata Anwar ketika mahkamah berehat seketika tengah hari tadi. "Ini dilihat sebagai menghina perjalanan perbicaraan kes hari ini dan ia dilihat d...
Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni