KERJA JAHAT UMNO MELAKA ŲØŲ³Ł
Ų§ŁŁŁ Ų§ŁŲ±ŲŁ
Ł Ų§ŁŲ±ŲŁŁ
PAS akan mendedahkan segala kejahatan Umno Melaka/Bukit Katil yang mendaftar ratusan malah ribuan pelajar UTEM, MMU dan UiTM untuk menjadi pengundi di Parlimen Bukit Katil. Sumber dalaman Umno sendiri menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini diarahkan menukar alamat mereka ke Parlimen Bukit Katil dengan mendapat imbuhan sebanyak RM300. Setelah alamat mereka ditukar ke dalam Parlimen Bukit Katil mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam Parlimen Bukit Katil. "Kita akan bongkar segala penyelewengan dan kejahatan Umno Bukit Katil pimpinan Ali Rustam" ujar seorang pimpinan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan Bukit Katil. "Kami sudah mendapat beberapa maklumat sahih termasuk gambar dan klip video, dan usaha mengumpulkan maklumat tersebut sedang giat dijalankan dan kami akan dedahkan semua perkara satu per satu" tambah beliau. Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sememangnya gentar dan bimbang untuk berhadapan dengan PR di Parli...
Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni