PEMUDA PAS SOKONG MANSUH TOL DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR menyatakan sokongan terhadap gesaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) Selangor supaya Kerajaan Malaysia menutup operasi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dengan segera kerana semakin membebankan rakyat. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut bersetuju de ngan cadangan untuk mengadakan himpunan aman bagi membantah penerusan operasi tol tersebut pada 13 Mei 2012 sekiranya pihak kerajaan Malaysia masih lagi bersikap āpekak dan tuliā dengan rintihan kesempitan hidup daripada rakyat bawahan.
Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni