Inilah gambaran sang pemerintah yang zalim, memang pemerintah yang zalim tak akan kekal lama ditampuk pemerintahan, ianya akan berakhir, sama ada lambat atau cepat. Tunggulah masanya.... pasti akan tiba jua! Bersabarlah kepada waris-waris peserta Bersih 3.0 yang kena belasah, dan waris-waris yang cedera, dan juga waris-waris yang meninggal.
Kezaliman pemerintah bukan bermakna si pemimpin itu sendiri datang menyepak dan terajang setiap peserta, namun dengan dia (pemerintah tadi mengizinkan ) pihak yang diberi oleh kuasa itu membuat sesuka hati mereka terhadap rakyat itu juga meredai kezaliman namanya dan bersekongkol dengan kezaliman, sama juga dengan penyokong-penyokong pemerintah yang zalim.
Anda percayakah, bahawa setiap ops sikap itu dibuat melambangkan kasihnya penguasa kepada rakyatnya..?! Oh tidak itu ialah lambang sang penguasa yang lapar kepada wang ringgit!
Comments