Skip to main content

RASUAH PM MENCABAR KREDIBILITI SPRM

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA DAKWAAN KES RASUAH PM MENCABAR KREDIBILITI SPRM
 
 
13 Jamadi al-Akhir 1433 bersamaan 04 Mei 2012   Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat dakwaan kes rasuah berjumlah USD 1 bilion yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi skandal paling besar dan memalukan dalam sejarah negara. Skandal yang dibuka di mahkamah Perancis telah menemukan satu dokumen yang memeranjatkan iaitu dakwaan Menteri Pertahanan ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta
  USD1 bilion sebagai "syarat" untuk satu pertemuan antara beliau dan DCNI (syarikat pembinaan kapal yang menjual kapal selam ke Malaysia). DPPM berpendapat, dakwaan ini amat serius dan ia amat mencemarkan maruah negara dan memalukan rakyat di negara ini. Malah imej Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam turut terjejas teruk. Ini kerana kes ini melibatkan pemimpin nombor satu negara dan ia dibicarakan pula di mahkamah Perancis. Sudah tentu, banyak rahsia akan terbongkar yang melibatkan sikap keji dan rakus pemimpin itu. Kes ini pula akan ‘meletupkan’ sebuah penceritaan yang tidak selesai iaitu kaitan antara Altantuya Shaariibuu dengan pemimpin negara serta Abdul Razak Baginda sehingga berlakunya kes pembunuhan model ini. Kes ini juga menjadi penanda aras adakah institusi kerajaan benar-benar bebas dan berfungsi dengan betul atau semua slogan transformasi yang dilaungkan oleh PM hanyalah retorik semata-mata. Dalam hal ini, kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan teruji dengan desakan oleh banyak pihak untuk menyiasat dakwaan ini. Adakah SPRM benar-benar jujur dan telus menyiasat kes ini sehingga membuktikan pelakunya bersalah meskipun melibatkan pemimpin nombor satu negara, atau mungkin ia akan menjadi episod malang apabila satu lagi kes besar akan disapu dan disorok di ‘bawah karpet’? Bagaimana mungkin SPRM akan tidak menemukan apa-apa bukti kesalahan jika sekiranya mahkamah Perancis membuktikan sebaliknya? Yang pasti, semua pihak sedang menunggu kesudahan kes ini untuk diselesaikan. Kebenaran perlu ditegakkan sekalipun ia amat pahit untuk ditelan. Diharapkan tiada siapa yang akan dikorbankan atau ‘dikambing hitamkan’, hanya untuk mempertahankan seorang individu yang sedang berkuasa sekarang. Disediakan oleh; RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.