Bila Kesabaran Ditinggalkan Di Belakang! Sempena Ramadhan yang hampir melabuhkan tirainya mungkin hari ini, saya ingin berkongsi kesedihan yang ditanggung oleh seluruh keluarga mangsa. Gambar ini saya ambil dari rakan fb yang mempunyai gambar kemalangan pada 17hb.Ogos, lepas. Berikut ialah sekeping gambar dan sedikit keterangan berkenaan kejadian. Sekadar berkongsi kesedihan. Difahamkan mangsa dirempuh oleh Hilux yang datang dari arah Kota Bharu, manakala mangsa menuju ke Kota Bharu. Mangsa gagal mengelak kereta yang datang dari arah yang sama kemudian jatuh dan dirempuh oleh sebuah Hilux. Hilux tersebut dikatakan tidak berhenti dan terus memecut. Mangsa meninggal ditempat kejadian. Mangsa dikatakan mengalami kecederaan teruk dikepala dan badan. Kesan darah banyak ditempat kejadian. Gambaran kejadian yang diberikan oleh petugas Roadcare ialah mangsa cuba memotong kereta tetapi tidak lepas, dan menyebabkan mangsa terjatuh. Kemudian Hilux yang datang dari a...
Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni