Monday, August 13, 2012

Kemalangan Awal Pagi Di Persimpangan BTR

Bandar Tun Razak - Kemalangan berlaku pada awal pagi, lebih kurang pukul 5:00 pagi.  Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang setelah habis berniaga di Downtown  yang tidak jauh dari Hukm.

Menurut sumber yang juga kenalan kepada mangsa, mangsa nampak jalan tersebut dalam keadaan lurus sebelum kejadian kemalangan itu berlaku. Sedangkan jalan tersebut adalah perlu membelok kekanan untuk ke pusat bandar mengelilingi padang bola yang berdekatan dengan balai bomba.

Sebelum dihantar ke HUKM mangsa masih sedar dan boleh bercakap dan mangsa yang mengalami kecederaan parah dikepala masih tidak mahu dihantar ke hospital kerana dikatakan takut jarum, cerita kawan  mangsa.
Mangsa kemudian dihantar juga dengan ambulan ke  HUKM. Mangsa dikatakan belum sedarkan diri pada pukul 7:30 pagi tadi.
Berdasarkan maklumat dari orang ramai yang berada di lokasi kemalangan,  situasi yang sama berlaku iaitu mangsa hanya nampak jalan terssebut adalah lurus, walau pun sebenarnya ia adalah persimpangan samada kekanan atau kekiri.

kesan geseran pada permukaan pejalan kaki



Sempena Ramadhan yang masih ada, dan Idurfitri yang bakal menjelang.... berhati-hati lah dijalan raya!

No comments:

Komen