Thursday, July 5, 2012

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup?

Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)”
Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas


Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup


Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam !
Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa alam yang mendayu-dayu, sehingga melupakan kepayahan diri sendiri yang menanggung biawak hidup, sedangkan kita sekampung bersusah payah untuk menongkah arus kehidupan.
Kepayahan itu bukan datang dengan takdir semata-mata tetapi dek kerana ketua Melayu itu sendiri yang tidak jujur menguruskan hasil bumi dan tidak adil membahagikan hasil negara!
Rujukan Mendukung Biawak Hidup: PRPM(DBP)

Komen