Skip to main content

Umno Johor digesa bawa hudud kepada kerajaan negeri

Ingat Hudud Macam Pekeliling Kementerian ke nak buat istihar, tak nak tarik? Senang je Istihar, sekadar cakap je  ….. !

KUALA LUMPUR: PAS Johor menggesa Umno negeri itu mengemukakan cadangan pelaksanaan hukum hudud untuk semua kaum kepada kerajaan Johor.
Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, cadangan itu tidak pernah dibuat oleh mana-mana negeri sama ada di Terengganu ataupun Kelantan.
"Dalam konteks Terengganu dan Kelantan, PAS bagi pilihan kepada orang bukan Islam sebagaimana dipraktikan zaman Nabi, iaitu apabila ada orang bukan Islam melakukan jenayah mereka diberi pilihan sama ada nak ikut hukum kitab Taurat ataupun al Quran," katanya kepada Harakahdaily.

Pada 20 Jun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.


Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam."Kalau begitu minta Ayub buat cadanganlah bahawa hudud itu untuk semua kaum dan warga negara tidak kira bangsa dan agama, kita minta dia cadangkan," kata Mahfodz. Mahfodz juga mengalu-alukan niat murni Adun Johor terbabit dan mahu cadangan itu dirangka dengan betul-betul di kalangan mereka.
"Jangan hanya hendak PRU sahaja pandai bercakap, lepas PRU hilang semua apa yang pernah dicadangkan," katanya.

Beliau turut menegaskan hukum hudud adalah hukum Allah tidak ada istilah 'hudud PAS' atau 'hudud Umno'.
Cadangan Ayub itu, rupa-rupanya tidak pernah dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri sebelum ini, sehinggakan Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman sendiri tidak berani memberi respons berhubung cadangan ini.
Ayub sebagai dipetik berkata, beliau mahu lihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan “hudud sebenar’ yang didakwa berbeza dengan hudud PAS.

Sumber: Harakah Daily

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.