Skip to main content

RISIKO HURU-HARA - Polis Berguru dari Penasihat 25%

 -Maklumat yang diterima daripada risikan mendapati ada pihak tertentu dan anasir asing cuba eksploitasi keadaan-

"Jika  perhimpunan ini diadakan juga, ia boleh cetuskan  ketegangan, keadaan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan, malah mungkin melibatkan kehilangan nyawa." -
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

 BERSIH  sudah di Bersihkan!

Berikutan kelemahan Umno dan BN didalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat diatas ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan barisan nasional mutakhir ini, pihak polis didapati terang-terangan mengikut telunjuk pihak-pihak yang berkepentingan didalam Umno BN

Seperti kata ketua polis negara "Berdasarkan risikan, penilaian dan taksiran keselamatan Polis Diraja Malaysia, jika perhimpunan ini diadakan juga ,boleh cetuskan ketegangan, keadaan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan malah mungkin kehilangan nyawa"

"Maklumat yang kita terima turut sahkan ada usaha oleh pihak-pihak tertentu dan anasir-anasir asing yang cuba mengambil kesempatan dan mengeksploitasi keadaan yang berlaku"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
     Jika betul ada anasir-anasir yang cuba mengambil kesempatan yang didakwa oleh Ketua Polis Negara
terhadap Perhimpunan Bersih sepatutnya pihak Polis mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang dikatakan cuba menggagalkan perhimpunan Bersih, bukan menangkap , merampas segala peralatan seperti baju berwarna kuning.

boleh cetuskan ketegangan, disini sebenarnya bukan ketegangan dikalangan rakyat tetapi ketegangan dikalangan pemimpin umno,  kegelisahan takut kehilangan kuasa, kebimbangan akan kejatuhan daripada tampuk pemerintahan, bila melihat sambutan yasng begitu tinggi dikalangan rakyat seperti yang dilaporkan oleh staronline.

Polis pula bertindak mengikut arahan yang dikatakan anasir-anasir  asing, sebenarnya itu adalah arahan dari Umno yang didalam ketakutan dan kebimbangan. Sedikit sebanyak penasihat yang dilantik oleh PM juga berperanan didalam situasi disini! Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara anasir-anasir asing tersebut? Wallahu'alam
Dalam banyak perkara, polis tidak profesional bila bertindak secara tidak adil terhadap pihak pembangkang atau rakayat biasa! Sebagai contoh  untuk kes bersih  polis bertindak atas laporan yang dibuat dikatakan sebanyak 1,830 laporan dibuat oleh pelbagai pihak yang membantah perhimpunan bersih tetapi bila kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin umno rasuah dan yang ada kepentingan bagi pihak umno pihak polis buat buta dan pekakkan telinga sahaja!
Tak perlulah dinyatkan disini,kerana rakyat boleh menilai dan mencari sendiri apakah isunya! Kecuali ahli umno yang dah tertelan lencana umno atau bn sahaja yang tidak akan mengakui kesilapan pemimpin umno!
Ahli umno yang tertelan lencana ini akan menjadi pengikut yang membuta tuli dan tak akan nampak kesalahan pemimpin mereka!

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.