Sibuk Dengan Rumah Terbuka..... Sehingga Lupa Puasa Enam Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a.katanya Rasulullah saw. bersabda: āSiapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.ā [HR Muslim] Demikianlah Rasulullah s.a.w mengajarkan kita satu amal yang sangat baik iaitu kita berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal sebagai satu kesinambungan bahawa Islam tidak hanya mewajibkan puasa di bulan Ramadan semata-mata, bahkan Islam juga menganjurkan juga kepada kita supaya mendekatkan diri serta terus mengamalkan ibadah berbentuk puasa enam di dalam bulan Syawal. Allah SWT memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berpuasa enam hari di dalam bulan ini sebagai satu galakan dan motivasi supaya kita tidak hanya melaksanakan tuntutan wajib berpuasa di dalam bulan Ramadan. Puasa Enam tidak semestinya berturut-turut harinya. Dibolehkan berselang-s...
Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni