Skip to main content

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup?

Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)”
Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas


Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup


Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam !
Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa alam yang mendayu-dayu, sehingga melupakan kepayahan diri sendiri yang menanggung biawak hidup, sedangkan kita sekampung bersusah payah untuk menongkah arus kehidupan.
Kepayahan itu bukan datang dengan takdir semata-mata tetapi dek kerana ketua Melayu itu sendiri yang tidak jujur menguruskan hasil bumi dan tidak adil membahagikan hasil negara!
Rujukan Mendukung Biawak Hidup: PRPM(DBP)

Comments

Popular posts from this blog

RISIKO HURU-HARA - Polis Berguru dari Penasihat 25%

 - Maklumat yang diterima daripada risikan mendapati ada pihak tertentu dan anasir asing cuba eksploitasi keadaan - "Jika  perhimpunan ini diadakan juga, ia boleh cetuskan  ketegangan, keadaan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan, malah mungkin melibatkan kehilangan nyawa." - - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar  BERSIH   sudah di Bersihkan! Berikutan kelemahan Umno dan BN didalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat diatas ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan barisan nasional mutakhir ini, pihak polis didapati terang-terangan mengikut telunjuk pihak-pihak yang berkepentingan didalam Umno BN Seperti kata ketua polis negara " Berdasarkan risikan, penilaian dan taksiran keselamatan Polis Diraja Malaysia, jika perhimpunan ini diadakan juga ,boleh cetuskan ketegangan, keadaan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan malah mungkin kehilangan nyawa " " Maklumat yang kita terima turut sahkan ada usaha oleh pihak-pihak tertentu d...

Perasmian Jambatan Lapan Pari

Demi Seorang  tua yang merayu seolah-olah Mendesak – akhirnya terhampar gah sebuah jambatan  yang  boleh diredah pelbagai kenderaan tanpa had muatan Tok Sadang, Kg Lapan Pari : Jambatan Lapan Pari hari ini telah dirasmikan  oleh YAB Menteri Besar Kelantan Dato Bentara Setia, Nik Abdul Aziz Nik Mat, didalam ucapan perasmiannya, Tuan Guru menyentuh tentang pengalaman beliau didatangi oleh penduduk yang sudah tua berjumpa dengan beliau dirumahnya meminta supaya dibuat jambatan baru kerana  jambatan yang ada sempit dan amat bahaya. Tok Guru  mengatakan beliau amat terharu dengan peristiwa itu. Perkara yang turut disentuh oleh Tuan Guru ialah penggunaan peruntukan untuk sesuatu projek pembangunan. Walaupun nak buat pembangunan untuk rakyat, peruntukan itu mesti dikeluarkan mengikut peraturan yang ada kerana duit itu duit rakyat. Mesti jaga dengan amanah dan akan di tanya oleh Allah swt diakhirat esok. Menteri Besar amat bersyukur akhirnya jamb...