Skip to main content

PENEMUAN ADIK NAYATI: TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK

SMS yang saya terima pada  28 April 2012 berbunyi begini  " A young boy Nayati Shamelin Moodliar was  kidnapped in a black Gen2 @ Jalan Kiara, near  Montkiara Intl Scholl. If u hv  info, pls call police 999 / 0321159999. TQ Malaysia!" Celcom
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA PENEMUAN ADIK NAYATI: TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK 12 Jamadi al-Akhir 1433 bersamaan 03 Mei 2012 Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak PDRM yang gigih berusaha mencari seorang kanak-kanak yang hilang, Nayati Shamelin Moodaliar. Beliau ditemui selamat di Lebuhraya berdekatan Sungai Buloh pada hari ini. DPPM menganggap sikap prihatin dan juga tindakan pantas orang ramai yang berusaha menjejaki kanak-kanak malang ini wajar dipuji. Inilah sikap mulia yang ada pada diri rakyat Malaysia yang begitu peka dan sensitif terhadap nasib yang menimpa keluarga mangsa. Publisiti yang meluas di media-media serta facebook dan twitter milik rakyat Malaysia memungkinkan penemuan kembali kanak-kanak ini dengan segera.
Namun demikian, rakyat di negara ini masih berada dalam keadaan bimbang dan takut kerana kes penculikan kanak-kanak bukan berlaku sekali di negara ini, tetapi ianya telah acapkali berlaku. Lebih mendukacitakan ada kes penculikan ini berakhir dengan kematian. Bahkan ada kes kanak-kanak yang diculik masih belum ditemui sehingga kini.Persoalan yang bermain di fikiran masing-masing adalah siapakah mangsa selepas ini dan berapa ramai pula akan menjadi mangsa kes penculikan ini di masa akan datang? Oleh itu, DPPM mengharapkan agar pihak PDRM meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara. Sesuatu perlu difikirkan bagaimana menangani kejadian seumpama ini daripada berulang. Begitu juga diharapkan orang ramai turut peka dan senantiasa berwaspada terhadap keselamatan semua amnya dan kanak - kanak khasnya. Pelbagai tindakan yang rasional pula perlu diambil supaya setiap pergerakan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak dapat dipantau bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Lokasi gelap atau kawasan hitam terutama di kawasan bandar serta kawasan perumahan perlu di pantau ketat dari masa ke semasa kerana ini adalah kawasan berpotensi kes-kes penculikan berlaku. Akhirnya, DPPM berharap kerajaan berusaha mewujudkan suasana aman bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman rakyat di negara ini. Disediakan oleh, HJ NASRUDIN HASSAN Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia
 
*Perhatikan tarikh kejadian culik... waktu mana penculik itu ambil kesempatan?

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.