Saturday, January 12, 2013

Tujuan Yang Sama Jalan Yang Berbeza

Isu Penggunaan Kalimah Allah OLeh Bukan Islam
(Dalam isu ini ialah terjemahan  untuk bible)

Mursyidul Am Setuju, Timbalan Tak Setuju

Kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipetik dari HM Online:

Kota Bharu: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, mahu penganut agama lain di negara ini turut diberi ruang untuk membolehkan mereka menggunakan kalimah Allah.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, berharap melalui kaedah itu, ia secara tidak langsung membuka hati penganut agama lain untuk menerima Islam.

“Ini pendapat saya, kalimah Allah ini disebut orang jahiliah sejak zaman berzaman lagi walaupun mereka sembah berhala. Namun, kalau ditanya siapa buat langit bumi, mereka kata Allah. Ertinya penggunaan kalimah Allah ini tidak hanya pada orang Islam, malah jahiliyah juga.
“Perlu ada ruang kepada bukan Islam sebut kalimah Allah, bagaimanapun mengenai kaedah ruang itu, ia boleh dibawa berbincang. Mudah-mudahan keramatnya kalimah Allah ini akan terbuka pintu hati mereka (bukan Islam) untuk menerima Islam,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Kepada Ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2013, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

Beliau mengulas mengenai percanggahan pemimpin PAS mengenai isu kalimah Allah berikutan gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Ditanya sama ada beliau akan menerima hasil keputusan Majlis Syura Ulama PAS nanti berkaitan isu kalimah Allah, Nik Abdul Aziz berkata, beliau akan ke Kuala Lumpur, Sabtu ini, untuk bermesyuarat dan akan akur dengan keputusan yang dibuat nanti.






Pandangan Muara didalam hal ini:

Niat kedua-dua Tuan Guru kita ini ialah amat jelas untuk membawa Islam kepada dunia dengan lapang dada dan mencari keredhaan Allah semata-mata. Cuma sudut yang berbeza dan persepsi yang tak sama.

Pada Mursyidul Am jika kalimah  Allah itu digunakan oleh oleh bukan Islam, harapannya mudah-mudahan semoga suatu masa nanti akan terbuka hati orang  yang sudah biasa lidahnya menyebut Allah itu!

Bagi Dato Dr Haron Din pula, lahir kebimbangan beliau tentang penyalahgunaan bila ia boleh digunakan oleh  orang bukan Islam.

Pandangan Muara:

Kekalkan dengan apa yang ada sekarang dan biarkan bible dengan God  mereka!



No comments:

Komen