Monday, August 9, 2010

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

 3 Bahagian Yang Allah Berikan pada Ramadhan Yang Barakah
   10 hari yang pertama adalah RAHMAT
   10 hari yang kedua adalah PENGAMPUNAN
   10 hari yang ketiga adalah SYURGA(bebas dari api Neraka Allah) yang boleh dimasuki melalui pintu Ar- Rayyan

Sebelum puasa kena tengok anak bulan dulu

Firman Allah Taala:

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..

" .. Sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .." (1)


Rukyah sebagaimana yang sedia diketahui ialah melihat anak bulan.


Menurut hukum syarak:  Sabitnya bulan Ramadhan ialah dengan jalan rukyah (atau mengetahuinya melalui sebaran am). Kalau tidak nampak, kerana anak bulan Ramadhan dilindungi awan,  maka hendaklah disempurnakan bilangan bulan Sya'aban tiga puluh hari.


Demikian juga halnya mengenai bulan Syawal. 

_____________________

1. Ayat 185, Surah Al-Baqarah.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

11- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ رَمَضَانَ فَقَالَ لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلَالَ وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ. (رواه البخاري ومسلم)




11- Dari Abdullah bin Umar r.a.h., bahawa Rasulullah s.a.w., telah menyebutkan perihal bulan Ramadhan lalu bersabda: "Jangan kamu berpuasa hingga kamu melihat anak bulan Ramadhan dan jangan kamu berhari raya hingga kamu melihat anak bulan Syawal,  kalau kamu tidak dapat melihatnya disebabkan awan maka kirakanlah baginya."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)





Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.."

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
 Tarikh dan  Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal


KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu.

1 comment:

nosembilanbelas said...

tahun ini rancang nak pergi tengok macammana orang tengok anak bulan di pengkalan bharu...tapi rancangan tak berjaya lagi...ada kawan kata pada hari orang tengok anak bulan tahun lepas..macam pesta kat situ..dia pun berpeluang tengok sama...terasa rugi sebab tak dapat belajar benda yang baru

Komen