Skip to main content

Perkasa - Nama Baru Bagi Umno

 Salam Sejahtera  Untuk Semua

Pintu pagar Putrajaya dibuka untuk PR

   Tajuk diatas diambil dari Blog Ustaz Saiful Bahri, menarik juga bunyi tajuk diatas, walau pun ia sebagai gurauan, tetapi ianya tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.

Seterusnya saya jumpa dengan perenggang berikut; 

"Pemimpin UMNO jadi serba salah. MCA pulak nak wujudkan Perkasa Cina. Nanti MIC pun nak wujudkan Perkasa India. Habis sapa nak perkosa sapa? Masing-masing nak tunjuk kuat. Ahli Umno sendiri sudah terasa bakal kehilangan cengkaman dan kuasa. Apatah lagi dengan desakan demi desakan dari Parti kompenan BN untuk menuntut pelbagai tuntutan demi kepentingan politik masing-masing".
  
     Kepada pembaca yang nak baca tulisan Ustaz Saiful boleh terus (klik) ke artikel tersebut. Disini saya nak masuk sikit tentang produk baru umno, bekas ahli umno dan mereka yang ada aura umno didalam badan mereka!
Seterusnya;"Itulah sebabnya Umno bersetuju dengan gerakan Perkasa yang ditubuhkan oleh Ibrahim  Ali.                   Ia dirasmikan sendiri oleh mentor PM iaitu Tun Dr Mahathir". Tulis Ustaz Saiful Bahri
    Terbaru ialah: “Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam,” kata Tuan Guru Nik Aziz dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini bila mengulas berkenaan kerjasama Umno dengan pas didalam mencari perpaduan bangsa Melayu.

   Apa yang muara nak tekankan disini ialah betapa umno telah sedar bahawa umno hanya menunggu masa untuk dibubarkan dan mereka menyedari bahawa umno tidak lagi releven diabad ini kerana perbuatan tangan-tangan mereka sendiri! 
   Kenapa Dr Mahathir beria-ia sangat merasmikan penubuhan Perkasa?  Jika Dr Mahathir sedar dan tahu masa depan Umno tetap utuh mungkinkah beliau membiarkan Perkasa ditubuhkan? Jawapannya ialah memang Dr Mahathir sedar bahawa umno tak akan kekal lama dan hanya menunggu masa untuk ditalkinkan dan diganti dengan pertubuhan baru yang tulin  dan beridentitikan nama Melayu. Nama pertubuhan tersebut ialah PERKASA

Dr Mahathir  Bekas PM Malaysia Di Majlis Perasmian Penubuhan PERKASA
      Bila diperhatikan pergolakan yang berlaku didalam 'pakatan' BN hari ini ( rujuk artikel desas desus   perkasa mca dan mic nak ditubuhkan) dan bersedianya Tan Sri Muhyidin nak berbincang dengan MB Kelantan berkenaan kerjasama bangsa Melayu( Umno tetap keras  lidah nak sebut perpaduan Islam)

    Terimalah hakikat bahawa umno sudah hampir pada hayatnya kerana hidupnya umno hari ini adalah kerana seolah-olah ada makhluk lain yang berada didalam 'tubuh' umno. Kalau manusialah dah tentu  orang akan kata masuk hantu. Terlalu  keras  lidah para  pemimpin  umno untuk mengungkapkan perpaduan islam bila pemimpin  mereka  bercakap tentang perpaduan!
     Tebalnya semangat perkauman yang ada didalam 'diri' umno sehingga nak ucap perpaduan untu Islam sangat takut. Kenapa begitu tak yakinnya umno kepada Islam(?)
        Jelaslah sekarang Dr Mahathir dah nampak bahawa umno akan tinggal nama dan ada satu pertubuhan lain yang akan mengambil alih kesatuan bangsa Melayu yang dulunya bernaung dibawah umno , kalau tidak Perkasa akan diwujudkan parti baru seperti yang diminta oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan semalam supaya umno ubah dasar atau tukar nama!
        Muara cadangkan nama kepada umno tukar nama baru kepada Parti Islam Nasional Malaysia (PIN) dekat dekat dengan ayah pin je...  tak apa... lepas tu ubah dasarnya  kepada Islam dan dengan sendirinya pas bubar !  Keahliannya terbuka kepada semua bangsa yang beragama Islam dan juga bukan Islam yang  berada didalam  sayap penyokong 'PIN' . Atau   bergabung. Pas tetap memerintah Kelantan dan tetap menyertai Pilihanraya dengan lambang sendiri.
  
      Itu sekadar cadangan. Sudah cukuplah umno bercakap atas dasar bangsa dan retorik pembangunan! PM sepatutnya tidak melaungkan  1 Malaysia  kerana satu Malaysia konsepnya merugikan orang Melayu, tetapi jika 1Islam ianya menguntungkan semua rakyat  didalam Malaysia!

Jumpa lagi....

Comments

BUJANG SUSAH said…
Salam.. hehehe.. umno dah start meroyan dah...

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m