Thursday, July 8, 2010

Ini Penganiayaan Kepada Tok Guru? : Pemimpin Peringkat Bawah Diseru Tidak Berselindung Dibawah Kewibawaan Nik Aziz!

Niat yang ikhlas untuk menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada pada hari ini agar segala maklumat yang ada yang sepatutnya sampai kepada setiap sasaran dengan nilai yang adil, berhemah dan murni

Diatas adalah motto blogger Muara 

 Salam Sejahtera buat Semua!

     Tak ada insan yang mahu hidup susah! Semua manusia menginginkan hidup yang sejahtera dan sempurna! Makan  dan pakai yang  sempurna atau  setidak-tidaknya sekadar mencukupi untuk anak-anak! 
Masyarakat yang menjadi mata dan telinga kepada kehidupan satu kemuniti didalam sesuatu kampung perlulah mengambil tahu akan hal kehidupan disekeliling mereka! Apa yang terjadi kepada Mohd Yusof  Wahab adalah mangsa keadaan setempat walaupun memang tidak dinafikan akan kelemahan diri beliau memang ada!


Ini rumah ibu Mohd Yusoff - Yusoff tinggal dibawah rumah ini,bukan reban ayam
    Inilah rumah yang didiami oleh Mohd Yussof   selama hampir tiga tahun (sudah dua kali banjir), mengikut kata birasnya.

    Memang daif jika kita mengulas berdasarkan keadaan rumah ini atau berdasarkan kepada gambar ini. 

    Mohd Yusoff sebenarnya menjadi mangsa keadaan! Keadaan persekitaran masyarakat, adik beradik dan juga mangsa politik yang tidak sempurna!

                                                            Mohd Yusoff
                                    
Rumah ibu - Sekarang didiami oleh adik tiri Mohd Yusoff

   Mohd Yusoff  berkerja dia juga mempunyai cita-cita dan sedang berusaha untuk menyiapkan rumah sendiri yang berada bersebelahan dengan rumah ibu beliau. Tetapi oleh kerana  gaji yang tidak mencukupi rumah tersebut terbengkalai. Sebagai pemandu lori ayam satu trip beliau  dapat RM80.00. 
Biras kepada Mohd Yusoff




       Sekali pandang cerita ini seolah-olah memberi kredit kepada umno untuk mencanangkan akan kegagalan pas mengurus rakyat! Sekali pandang memang begitu!
       Bagi pas jangan pula melenting dan marah-marah! Muhasabah diri dan nilailah akan cara dan sikap sendiri terhadap perkhidmatan yang diberi selama ini!
   Sebelum ini  Muara ada keluarkan artikel yang bertajuk;  Gambar Menceritakan Segala-galanya - Pemimpin Pas Jangan Berlagak Selesa!


    Seperti  Muara laporkan sebelum ini;  Dari gambar-gambar diatas adalah diharapkan agar pemimpin-pemimpin kita tidak lalai dan leka dengan kuasa yang diperolehi. Turun kebawah, jangan semata-mata mengharapkan laporan pemimpin bawahan, yang kadang-kadang tidak tepat dan melindungi periuk nasi sendiri! Petikan artikel dahulu


Inilah rumah yang sedang disiapkan oleh Mohd Yusoff     




      Tapak  rumah ini adalah bersebelahan rumah ibu Mohd Yusoff! Tidak dapat disiapkan kerana faktor kewangan!

 

                                           Kediaman sementara Mohd Yusoff - Kadar RM150.00 sebulan

 

       Sudah tentu pemimpin pas tidak senang dengan cerita ini, tetapi ambillah kes ini  sebagai satu cabaran untuk bekerja dengan lebih progresif  lagi! Muara menyeru kepada pihak atasan lantiklah 'duta' kampung yang benar-benar mahu berjuang untuk tegakkan agama Allah, bukan semata-mata mereka yang mahukan imbuhan setiap bulan sahaja!

      Kelemahan pimpinan pas peringkat kawasan ialah:

1. Tiada tindakan susulan dari pihak yang bertanggungjawab didalam uslub dakwah! Jika ada buktikan kepada saya!

2. Gerakan mencari ahli baru tidak bergerak! Mana dikatakan jentera dakwah pas (Sebab ada bisikan-bisikan yang mengatakan Yusoff bukan kaki surau atau masjid - pada pihak saya orang yang tidak kaki masjidlah yang sepatutnya lebih kita kena tolong , ambil contoh gerakan kristianisasi di Sabah suatu ketika dulu, didalam membantu mereka yang tiada bekalan air!

3.Perlukah saya datang menyembah dan berulang-alik kerumah penghulu siang dan malam  baru bantuan nak diberi?(Seandainya saya memerlukan sesuatu bantuan?) Sepatutnya keadaan sedimikian tidak berlaku, cukuplah sekadar sekali laporan atau lidah-lidah yang bersuara!  Pemimpin atasan tolong semak keadaan ini! 

4. Sebenarnya orang-orang yang macam Mohd Yusoff inilah yang patut didahulukan, beliau dikatakan pendiam dan tidak mempunyai masalah dari segi kegiatan sosial! Dakwahlah  beliau! Hampirilah dia! Bimbinglah anak isteri beliau. Isteri beliau seorang warga Indonesia, buktikanlah apa yang diperjuangkan oleh Pas, bahawa pas untuk semua!

      Pihak Muara diberitahu sekarang baru dihantar kayu untuk menyiapkan rumah tersebut! Bagi pihak Umno pula rumah tinggal sementara telah pun diperolehi untuk didiami oleh Mohd Yusoff sekeluarga!


       Keadaan  ini dilihat pas agak lambat bertindak. Pandangan Muara ialah jentera pas  lambat bertindak. Kita harap umno ikhlas didalam perkara  ini. Allah  mengetahui apa yang kita lakukan. Ini adalah pengajaran kepada kepemimpinan pas tertinggi supaya tidak terlepas pandang dan kepada ahli bawahan ikhlaslah buat kerja, jangan berkerja kerana harta benda dan pangkat, hati hendaklah ikhlas kerana Allah semata-mata.

    Dari penelitian pihak Muara peringkat kepimpinan kawasan tidak aktif didalam membantu masyarakat setempat. Tiada aktiviti yang dijalankan sebagai aktiviti bulanan atau mingguan!


       Sewa rumah sementara tersebut diuruskan oleh PPM kawasan tersebut. Kenapa pihak pas lambat bertindak. Kejadian ini bukan dibuat-buat. Bukan diupah.  Kata PPM mukim Pauh Dal.

      Jadikan ini satu pengajaran kepada jentera gerak-kerja pas peringkat bawahan, bergeraklah atas dasar ikhlas kerana Allah, bukan kerana wang ringgit.  Tolonglah hampiri anak-anak muda yang masih jauh dengan masjid, surau dan banyakkan aktiviti kemasyarakatan. Pas dilihat lemah didalam persoalan ini. Sekarang pas hanya bergantung kepada penyokong yang sedia ada! Ingat setiap insan akan 'pergi' tetapi ahli pas dilihat tidak ada penambahan! Bagaimana pas nak menghadapi musim 'perlawanan' yang akan datang jika situasi ini tidak diubah?

     Pemimpin-pemimpin pas peringkat mana sekali pun belajarlah mulai sekarang agar tidak lagi berselindung dibawah  kewibawaan Tok Guru untuk mengelakkan sesuatu isu dari terus diperkatakan.

 "Tolonglah, jangan nak menganiaya Tok Guru, orang pas marah saya," kata PPM mukim Pauh Dal

sewaktu berbicara dengan beliau berhampiran dengan rumah sementara Mohd Yusoff!

"Bukan nak aniaya Tok Guru, tapi 3 tahun dia duduk bawah rumah! kata PPM lagi.

Kenyataan 'tolonglah jangan nak aniaya Tok Guru' adalah ungkapan biasa oleh penyokong pas bila sesuatu isu berbangkit yang membabitkan pengurusan di peringkat negeri Kelantan! Sampai bila kepemimpinan pas Kelantan nak berggantung kepada nama Tok Guru didalam setiap isu. Nama Tok Guru tidak terjejas, tetapi yang nampak terjejas dan tak buat kerja ialah pemimpin peringkat kawasan yang tidak prihatin dengan masalah penduduk kampung setempat! Elaun baru saja dinaikan, sudahlah sekarang bukan masa untuk tidur! 

    Kepada orang atasan, sesekali turunlah kebawah secara sendirian, jangan hanya terima bulat-bulat setiap laporan dari 'duta' kampung yang kamu lantik, mungkin dikalangan mereka menghantar laporan yang baik-baik kepada pihak artasan, demi periuk nasi?

     Carilah.. ramai lagi insan seperti Mohd Yusoff diluar sana,  cumanya tindakan mereka berlainan daripadi Mohd Yusoff. Buatlah kerja mulai sekarang. Jangan biarkan umno melanyak kita dengan isu seperti ini! Tapi ingat setiap kerja yang ikhlas akan dinilai oleh Allah dan sudah pastinya dibalas! Pertolongan Allah pasti datang walaupun mereka adalah umno jika mereka ikhlas!

   Buatlah kerja sekarang, jangan tidur lagi.....

Muara 


                                                                                                                                                                         

1 comment:

Seri Bahasa said...

kadang seri sendiri hairan kenapa pendatang dari indonesia yang bekerja di malaysia boleh hidup senang walau gaji mereka tak seberapa.

kalau di lihat dari segi ekonomi negara tak seharusnya ada rakyat yang hidup menderita. pekerjaan, asal tak memilih tak akan ada seorang pun rakyat malaysia yang menganggur.

hakikatnya siapa pun yang menerajui negara tak akan merubah kehidupan seseorang kalau dia sendiri tidak mempunyai keinginan untuk memajukan dirinya sendiri.

Komen