Wednesday, July 7, 2010

Malaysia Bukan Hak Milik Mutlak UMNO -Kalau bercakap Guna Kebijaksanaan! Jangan Bongkak

Kementerian Dalam Negeri bersedia menyita bangunan pejabat tempat Suara Keadilan beroperasi dan kilang pencetaknya jika akhbar PKR itu terus diterbitkan tanpa permit.

“Sudah tentu boleh (ditutup),” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika ditanya mengenai kenyataan PKR bahawa Suara Keadilan akan terus diterbitkan.

Oh sungguh bongkak menteri umno berbicara! Perhatikan petikan diatas pada; "Sudah tentu boleh (ditutup)"

      Hishamuddin lupa bahawa dalam Malaysia bukan  milik  orang umno sahaja, orang pas ada , keadilan ada kita minta bila bercakap gunalah penapis sikit! Mentang-mentanglah kuasa ada pada kamu , kamu boleh buat apa yang kamu nak buat!

     Benda yang pelik berlaku di Malaysia ialah kalau bertindak untuk parti begitu cepat jentera berat umno ini  bergerak! Tapi bila bab nak jaga rakyat contoh kenaikan harga barang, berbagai alasan dicari dan dipusing, nanti kita akan kaji dulu, tunggu dulu, kita  bincang dulu dengan  pengeluar! Begitulah kalau masuk bab harga barang nak dinaikan!
   Bila masuk bab nak jatuhkan DSAI laju je jentera berat umno bergerak (jentera berat umno : Polis, fru,kementerian dalam negeri). Isu asalnya ialah Akhbar Keadilan kata felda bangkrap, lepas tu kalau tak betul bawalah kemahkamah, kalau menang untung dapat saman malu boleh guna untuk pru13 nanti, tak payahlah  nak kutip saman dari pada rakyat! Sepatutnya selesai pada permit tak diperbaharui saja. Tapi dah melarat sampai pejabat nak disita! Apa kera jaan ni?

1 comment:

suhaisweet said...

Hi, Visiting here..Very nice..luv ur blog...Very special for u.. Don’t Miss it!

Komen