Skip to main content

Sumpah Dalam Islam

22 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Sumpah adalah: Satu akad yang disokong dengan penguat utk org yg bersumpah berazam melakukan satu perkara atau meninggalkannya.

Pensyariatan Sumpah.

Ia disyariatkan berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah:
Tafsirnya: "Allah tidak mengira sumpah yang main2 dan tetapi Allah mengira sumpah yg dibuat secara sungguh."(89: Maidah).

Nabi bersabda:
"Apabila kamu bersumpah dgn satu perkara dan melihat lebih baik pd melanggar sumpah maka buat yg lebih baik dan hendaklah kamu bayar kaffarah sumpah."(Hr Tirmizi)

Ijmak Ulama menyatakan disyariatkan sumpah.

Syarat-syarat sumpah.

1. Hendaklah ia dilakukan oleh orang yang Islam, berakal dan sudah baligh. Maka tak sah sumpah dari orang yang kafir, budak kecik dan kafir.

2. Ianya berlaku ketika jaga dan tidak dipaksa.

3. Hendaklah perkara yg disumpah adalah perkara yg boleh berlaku. siapa yang bersumpah nak minum air yang tidak mungkin wujud ketika itu maka sumpahnya terbatal.

4. Hendaklah sumpah itu tidak ada pengecualian seperti dia kata insyaAllah atau jika diizinkan Allah.

5. Huruf sumpah ada tiga iaitu waw, ba dan ta.

6. Hendak sumpah dengan Nama-nama Allah, sifat-sifat Allah, dan al-Quran.

Haram sumpah dengan mahkluk Allah. Sabda Nabi s.a.w:
"Sesiapa yang hendak bersumpah  maka hendaklah dia bersumpah dengan Allah"(Hr Bukhari dan Muslim)

Kaffarah sumpah.

Sesipa yang tidak melakukan apa yang disumpah maka wajib membuat salah satu yang berikut:
1. Memberi makan kepada sepuluh org miskin satu cupak makanan asasi (seperti  beras).
2. Memberi pakaian.
3. Membebaskan hamba.

Jika tak mampu maka dia boleh puasa 3hari.

Comments

Seri Bahasa said…
yang di sumpah orang islam..yang menyumpah orang islam jd kita umat islam akan di tertawakan dan di permainkan oleh agama lain.

jd tak hairan lah jika umat islam di dunia akan terus tertindas tanpa ada pembelaan kerana kita sesama umat islam tak pernah ingin bersatu.

tak ada mahzab agama lain di dunia ini yang berbunuhan sesama sendiri kecuali mahzab2 dalam agama islam seperti yang terjadi di iraq, pakistan dan afganistan.

justru kita di malaysia haruslah mengambil iktibar dari malapetaka yang menimpa umat islam di negara lain agar tidak terjadi di malaysia.

Penegasan terhadap musuh-musuh Islam itu pula diselarikan dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maaidah ayat 51 :Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, kerana mereka antara satu sama lain saling melindungi. Siapa di antara kamu yang mnjadikan mereka teman setia, maka ssungguhnya dia termasuk dalam golongan mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim....(Benarlah firman Allah Yang Maha Agung)

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m