Skip to main content

Strategi Memakan Diri

Salam Ramadhan Untuk Muslim



Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya ‘malu’) dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”. Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan ‘sejahtera’ itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut;
Bacaan seterusnya  http://drmaza.com/home/?p=1217

Apa yang berlaku berkenaan isu sebut nama bukan Islam didalam khutbah oleh khatib jemputan itu di Pulau Pinang ialah seolah-olah permainan senjata yang memakan tuan!
Pimpinan PR tak susahlah beria-ia sangat nak menjawab tetapi boleh  jawab la... tapi jangan sampai tahap pening kepala!
 Nama yang disebut ialah Guan Eng seorang yang bertitle Ketua Menteri, Pulau Pinang, sebuah negeri didalam jajahan Malaysia! Sudah berkurun-kurun lamanya PP diperintah oleh Ketua Menteri yang bukan dikalangan orang Melayu! Cuba tanya balik isu apa yang sebenarnya yang nak di putar oleh Umno?
 Adakah Umno nak bermain Isu? Cuba kita tanya kembali juak-juak Umno isu apa yang cuba mereka nak putarkan? Mungkin Isu:

1. Agama Islam
2. Isu Perkauman?
3. Isu Bukan Islam

Sebenarnya walau apa pun isu yang cuba nak diketengahkan oleh BN Umno mereka sebenarnya memberi senjata kepada PR dan ahkirnya mereka longlai, paling belakang dan balik tak melawan!

Katankanlah mereka bermain dengan isu  1 yang saya senaraikan diatas iaitu agama (Islam), kalau isu agama yang cuba dimainkan oleh mereka, juga mereka akan kalah bila bertemu dengan realiti yang ada di Malaysia ini dan juga akajn bercanggah dengan dasar yang mereka sendiri war-warkan iaitu 1Malaysia! Kita kembali kepada tradisi di PP, iaitu pelantiakan KM disana! Umno nak mainkan isu apa, kalau seorang KM menteri tak boleh didoakan didalam khutbah  diatas sifatnya sebagai  orang yang memrintah dengan adil(contoh) apa lagi daya tarikan yang nak umno gunakan untuk menarik minat kaum cina agar menyertai mereka?  Sedangkan pemimpin mereka tidak boleh diterima oleh pemimpin Islam  (dalam Umno - iaitu tiada doa kesejahteraan untuk pemimpin bukan Islam) jadi mereka akan merasa terpinggir
       Kedua penekanan yang mereka berikan  ini juga terkeluar dari semangat 1Malaysia kerana falsafah 1Malaysia yang di Add Hot di Perhimpunan Agung Umno suatu ketika dulu adalah seperti berikut:

 Konsep 1Malaysia ialah,
     > Aspek Pertama - Penerapan Teras-teras Perpaduan                                                                            > Aspek Kedua   - Penerapan Nilai-nilai Aspirasi

Teras Perpaduan ialah;
 > Penerimaan - Sikap Tolenrasi
 > Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara                        > Keadilan Sosial - Tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan


Tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan! Dimana nak letak falsafah yang digarap oleh PM  itu? Adakah Melayu Umno nak kata 1Malaysia hanya untuk orang Melayu sahaja? Tidak terpakai untuk orang Cina? Cuba baca dengan teliti Keadilan sosial - tiada mana-mana pihak akan dipingirkan! Macam mana tidak terpinggir jika pemimpin yang mewakili kelompok satu bangsa (dalam kes  ini Cina) dinafikan hak seorang ketua yang mereka lantik) didalam  kes ini Guan Eng! Dimana keadilan yang diwar-warkan didalam falsafah 1Malaysia? Tidakkah mereka (kaum Cina) akan merasa bangga bila mereka tahu nama seorang pemimpin yang mereka lantik dimasukkan nama beliau  dan disebut dalam Masjid, ini secara tak langsung akan merapatkan mereka kepada orang  Islam dan mudah-mudahan mereka akan bersama-sama dengan Islam seterusnya memeluk Islam!

Cakaplah apa saja, umno akan kecundang jika mereka bertindak berasaskan nafsu dan tipu muslihat demi kekuasaan semata-mata bukan kerana Islam keseluruhannya! Kerana Allah tahu niat hati seseorang. Jika dia ikhlas insyaAllah,  Allah akan tolong dan jayakan hasrat tersebut.

Tetapi jika segala tindak tanduk hanyalah semata-mata untuk kencing rakyat, tipu rakyat, nak rompak wang rakyat( rompak secara terhormat, naik cukai membabi buta, tidak kawal harga barang, bil naik setiap tahun banyak lagilah) jangan haraplah Allah akan bersama-sama pemimpin seperti ini!


Isu baca nama bukan Islam didalam khutbah dan doakan untuk nama tersebut
huraian ini  boleh dijadikan sandaran; 

KESIMPULAN
Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.
TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.
Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-
من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله
Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah.  (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Adapun dalam kes masjid Pulau Pinang, sebelum ingin dipastikan tegolong dalam kategori mana dari pembahagian hukum di atas, apa yang paling penting adalah memastikan sama ada ia benar-benar wujud doa atau tidak, dan jika wujud adakah ia merupakan tindakan individu khatib atau merupakan arahan pihak atasan atau arahan Ketua Menteri itu sendiri. Setelah itu, barulah disemak kandungannya. Jika ia menepati yang diharuskan, TIADA sebarang masalah di sisi Islam. Namun dalam hal ini, disebabkan ia telah bercampur dengan usaha meraih milage politik, hal ini perlu dinilai lebih teliti kerana kemasukan kepentingan politik menambah lagi keraguan kata-kata mereka yang berkata, dari kedua-dua pihak.
 
Sekian, semoga mendapat manfaat 

Comments

Masa DAH Time said…
sebagai tambahan boleh baca di http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/08/24/isu-khutbah-kerajaan-pulau-pinang-dakwa-umno-%E2%80%98talam-dua-muka%E2%80%99/
dan di http://suara-keadilan.com/news-section?t=2567

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.