Skip to main content

Negara Islam Hanya Kulit, Bukan Teras Perjuangan Pas – Ustaz Afandi

Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa!




Malaysia adalah negara demokrasi- kata P Ramlee demokrasi terpimpin. Disini bukan nak bincang pasal demokrasi terpimpin tetapi apa yang nak saya luahkan ialah kebimbangan yang dibuat-buat oleh kawan-kawan kita dari Umno tentang orang melayu akan  hilang kuasa bila pas rapat dengan DAP


Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika perjuangan tersebut mejadi nadi, sudah pasti mereka akan mengambil keputusan nekad meninggalkan Dap yang secarang terang-terangan menentang pelaksanaan hukum berkenaan sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh sebelum ini.

Kenapa cemburu bila Pas berkawan dengan DAP? Umno berkawan dengan MCA Pas tak kata apa pun!!

“Tegas beliau jika Pas tidak berani membawa perkara itu di Parlimen dan tidak menggubal enakmen kanun jenayah syariah di Kedah, Selangor, sepertimana di Kelantan dan Terengganu ketika mereka memerintah dahulu, bermakna Pas berbohong kepada rakyat khususnya kepada penyokong tegar mereka.

Soalan cepu emas kepada Ustaz Afandi:
Kenapa Mesti Pas sahaja yang bawa usul tersebut ke Parlimen? Adakah ahli Parlimen dari Umno tak ada yang Islam  untuk  bawa usul hukum hudud dan qisas?

Umno tak minat ke nak buat undang-undang Islam?  Kata Islam! Kalau orang Islam dah tentu berminat nak mendaulatkan undang-undang Islam di Malaysia. Tak payah tunggu Pas sahaja untuk membawa usul tersebut ke Parlimen. Kenapa asyik melaga-lagakan DAP dan Pas sahaja,  bukan mencari jalan macam mana nak cari jalan macam mana nak jinakkan DAP agar berminat kepada Islam. Sepatutnya Ustaz Afandi sebagai orang yang membawa title Ustaz sama-sama dengan Pas mendakwah pemimpin-pemimpin DAP  agar menerima Islam sebagai agama mereka.


Bukan dengan memberi tentangan atas apa jua usaha yang dibawa oleh Pas. Setakat hari ini tak ada yang tidak ditentang oleh Afandi walau apa pun yang dibuat oleh pihak Pas tetap tidak dipersetujui oleh Afandi


Jika Umno tidak seperti  Karpal sudah tentu Umno juga akan melenting bila Karpal tidak mahu melihat undang-undang Islam berdaulat di Malaysia, tetapi sebaliknya umno perli dan menyindir kepada Pas sambil ketawa terbahak-bahak  dibelakang. Pemimpin umno tak sedar bahawa gagalnya undang-undang hudud dari dilaksankan di Kelantan adalah berpunca dari undang-undang yang sedia ada di Malaysia, bukan kelemahan pihak Pas. Sedar tak pemimpin Umno didalam hal ini? Perlembagaan  Malaysialah yang menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan! Semua rakyat tahu siapakah yang menggubal dan bersetuju undang-undang itu  dipraktikkan di Malaysia? Kalau bukan pemimpin umno terdahulu!  Membaca cabaran yang dibuat oleh Ustaz Afandi diatas (dipetik dari umno online) menggambarkan umno menyalahkan Pas didalam semua perkara tentang tidak terlaksananya hudud di Kelantan! Dangkalnya pemikiran demo!


Adakah pemimpin-pemimpin umno tak sedar bahawa tanggungjawab melaksanakan hukum Islam yang termaktub didalam Al Quran itu bukan terletak diatas bahu Pas semata-mata? Sehingga kan sanggup mencabar Pas melaksanakan hudud  sering kedengaran bila Karpal menentang! Seolah-olah Umno bersetuju dengan Karpal untuk tidak menerima Islam di Malaysia! Melaksankan hukum hudud itu sekarang sebenarnya terpikul diatas bahu pemimpin umno kerana umno bn yang masih berkuasa di Malaysia! Umno tak sedar ke perkara ini? Jangan asyik cabar Pas sahaja! Sedap je cabar Pas. Sedangkan diatas kepala demo terbeban satu bala lebih besar dari gunung Kinabalu! Sebab yang memerintah Malaysia ialah Umno BN! 

Tanggungjawab melaksankan keseluruhan perundangan yang ada didalam Al Quran bukan terletak diatas bahu pemimpin Pas Kelantan tetapi diatas bahu PM yang memegang tampuk pemerintahan Malaysia! Sedarlah sikit wahai pemimpin Umno, jangan sedap bercakap dan menuding jari kepada Pas, bahawa gagal melaksankan hudud di Kelantan! Asyik-asyik cabar ahli Parlimen Pas bawa ususl ke Parlimen, habis yang ahli Parlimen Umno buat apa didalam Parlimen? Nak bangkang hudud bila ia diusulkan? Tapi usul judi senang pula lulus! Bukan?!

 Apa yang umno perjuangkan sebenarnya? Islam ke atau perjuangan kebangsaan Melayu?

Kepada pengunjung semua telitilah akan intipati perjuangan yang dibawa oleh umno!


Comments

Anonymous said…
bejuang utk kenyangkan tembolok masing masing

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m