Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa!
Malaysia adalah negara demokrasi- kata P Ramlee demokrasi terpimpin. Disini bukan nak bincang pasal demokrasi terpimpin tetapi apa yang nak saya luahkan ialah kebimbangan yang dibuat-buat oleh kawan-kawan kita dari Umno tentang orang melayu akan hilang kuasa bila pas rapat dengan DAP
Malaysia adalah negara demokrasi- kata P Ramlee demokrasi terpimpin. Disini bukan nak bincang pasal demokrasi terpimpin tetapi apa yang nak saya luahkan ialah kebimbangan yang dibuat-buat oleh kawan-kawan kita dari Umno tentang orang melayu akan hilang kuasa bila pas rapat dengan DAP
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika perjuangan tersebut mejadi nadi, sudah pasti mereka akan mengambil keputusan nekad meninggalkan Dap yang secarang terang-terangan menentang pelaksanaan hukum berkenaan sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh sebelum ini.
Kenapa cemburu bila Pas berkawan dengan DAP? Umno berkawan dengan MCA Pas tak kata apa pun!!
“Tegas beliau jika Pas tidak berani membawa perkara itu di Parlimen dan tidak menggubal enakmen kanun jenayah syariah di Kedah, Selangor, sepertimana di Kelantan dan Terengganu ketika mereka memerintah dahulu, bermakna Pas berbohong kepada rakyat khususnya kepada penyokong tegar mereka.
Soalan cepu emas kepada Ustaz Afandi:
Kenapa Mesti Pas sahaja yang bawa usul tersebut ke Parlimen? Adakah ahli Parlimen dari Umno tak ada yang Islam untuk bawa usul hukum hudud dan qisas?
Umno tak minat ke nak buat undang-undang Islam? Kata Islam! Kalau orang Islam dah tentu berminat nak mendaulatkan undang-undang Islam di Malaysia. Tak payah tunggu Pas sahaja untuk membawa usul tersebut ke Parlimen. Kenapa asyik melaga-lagakan DAP dan Pas sahaja, bukan mencari jalan macam mana nak cari jalan macam mana nak jinakkan DAP agar berminat kepada Islam. Sepatutnya Ustaz Afandi sebagai orang yang membawa title Ustaz sama-sama dengan Pas mendakwah pemimpin-pemimpin DAP agar menerima Islam sebagai agama mereka.
Bukan dengan memberi tentangan atas apa jua usaha yang dibawa oleh Pas. Setakat hari ini tak ada yang tidak ditentang oleh Afandi walau apa pun yang dibuat oleh pihak Pas tetap tidak dipersetujui oleh Afandi
Jika Umno tidak seperti Karpal sudah tentu Umno juga akan melenting bila Karpal tidak mahu melihat undang-undang Islam berdaulat di Malaysia, tetapi sebaliknya umno perli dan menyindir kepada Pas sambil ketawa terbahak-bahak dibelakang. Pemimpin umno tak sedar bahawa gagalnya undang-undang hudud dari dilaksankan di Kelantan adalah berpunca dari undang-undang yang sedia ada di Malaysia, bukan kelemahan pihak Pas. Sedar tak pemimpin Umno didalam hal ini? Perlembagaan Malaysialah yang menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan! Semua rakyat tahu siapakah yang menggubal dan bersetuju undang-undang itu dipraktikkan di Malaysia? Kalau bukan pemimpin umno terdahulu! Membaca cabaran yang dibuat oleh Ustaz Afandi diatas (dipetik dari umno online) menggambarkan umno menyalahkan Pas didalam semua perkara tentang tidak terlaksananya hudud di Kelantan! Dangkalnya pemikiran demo!
Adakah pemimpin-pemimpin umno tak sedar bahawa tanggungjawab melaksanakan hukum Islam yang termaktub didalam Al Quran itu bukan terletak diatas bahu Pas semata-mata? Sehingga kan sanggup mencabar Pas melaksanakan hudud sering kedengaran bila Karpal menentang! Seolah-olah Umno bersetuju dengan Karpal untuk tidak menerima Islam di Malaysia! Melaksankan hukum hudud itu sekarang sebenarnya terpikul diatas bahu pemimpin umno kerana umno bn yang masih berkuasa di Malaysia! Umno tak sedar ke perkara ini? Jangan asyik cabar Pas sahaja! Sedap je cabar Pas. Sedangkan diatas kepala demo terbeban satu bala lebih besar dari gunung Kinabalu! Sebab yang memerintah Malaysia ialah Umno BN!
Tanggungjawab melaksankan keseluruhan perundangan yang ada didalam Al Quran bukan terletak diatas bahu pemimpin Pas Kelantan tetapi diatas bahu PM yang memegang tampuk pemerintahan Malaysia! Sedarlah sikit wahai pemimpin Umno, jangan sedap bercakap dan menuding jari kepada Pas, bahawa gagal melaksankan hudud di Kelantan! Asyik-asyik cabar ahli Parlimen Pas bawa ususl ke Parlimen, habis yang ahli Parlimen Umno buat apa didalam Parlimen? Nak bangkang hudud bila ia diusulkan? Tapi usul judi senang pula lulus! Bukan?!
Apa yang umno perjuangkan sebenarnya? Islam ke atau perjuangan kebangsaan Melayu?
Kepada pengunjung semua telitilah akan intipati perjuangan yang dibawa oleh umno!
Comments