Skip to main content

Kabel TM Kena Curi - 4 Hari Offline

Salam Ramadhan  Yang Penuh Berkat!


     Tak tahu nak kata apa bila terjadi keadaan ini! Terlalu kecewa, marah dan  semua perasaan benci kepada pelaku menjerat diri.
    Marah pada diri sendiripun ada, kerana tak mampu melakukan sesuatu untuk mendidik  masyarakat supaya membaiki keadaan ini, tapi bila difikirkan akan siapalah diri ini untuk bertindak sampai tahap itu keadaan menjadicbiasa kembali dan reda...  Marah pada pihak bekuasa pun ada. Ya tiada rondaan yang dibuat!
   Tapi yang pastinya dari 18hb Ogos hingga kesaat ini 1:19 tengahari  21hb Ogos baru line internet boleh online! Puncanya ialah kabel TM kena curi ! Pencurinya tak tahulah... Yang pastinya ada orang curi waktu malam hari .
Kabel yang hampir menyembah bumi setelah sebahagiannya dipotong
      Walaupun pencuri berjaya memotong kabel pada malam hari, namun pencuri tersebut tidak berjaya memotong bahagian yang terdapat pada tiang satu lagi. Jadi kabel tersebut terjuntai kebawah, Tapi yang peliknya pada waktu siang pencuri boleh memotong sebahagian lagi kabel itu tanpa orang ramai menghalangnya!

Sedihnya- Inilah acuan yang kita bina 50 tahun lebih kita merdeka! Kg. Jaya Setia,Badang, Kota Bharu
Pada awal pagi masih ada sebahagian dari kabel yang dipotong ini!
     Dari keadaan  ini, saya rasa sudah sampai masanya TM tukarkan cara saluran kabel kepada laluan bawah tanah! Buatlah secara berperingkat-peringkat. Tolong jangan kata susah dan mustahil. Tiada yang mustahil jika ada komitmen dari semua kakitangan!
   Maksud saya berperingkat-peringkat  ialah bila terjadi kecurian kabel seperti kes  ini, TM hanya perlu melakukan kerja penggalian lubang untuk laluan kabel bawah tanah pada jarak yang perlu disambung sahaja. Kos yang terlibat memang ada yang tinggi namun jika tidak ditangani dengan bijak kosnya juga tetap akan meningkat pada jangka masa yang panjang!
    Saya bukan jurutera untuk menghuraikan semua juga bukan ahli ekonomi untuk menilai semua kos, namun TM perlu mengkaji cadangan ini sebelum menolaknya!

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Pasaraya jadikan anjing sebagai pengawal?

Anjing Menjadi Pengawal? Sebuah Pasaraya yang terletak di Lembah Sireh didapati beberapa ekor anjing menjadikan tempat parking bawah bangunan Pasaraya tersebut sebagai tempat 'beristirehat'. Ianya dikhuatiri mengganggu pelanggan yang hadir untuk membeli belah di Pasaraya tersebut. Bukan itu sahaja, anjing-anjing yang banyak itu juga berkeliaran disekitar  deretan bangunan kedai makan yang hampir dengan sungai. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera untuk mengelakkan dari kes-kes seperti digigit anjing yang terjadi sebelum ini.