ORANG MELAYU JOHOR TAK TERMAKAN HASUTAN BURUKKAN ZAHID?
1. Pertamanya, nama Zahid memang dah buruk. Tak perlu hasut pun.
2. Kedua, apa yang dilakukan Zahid bukan fitnah dan hasutan pun. Kita hanya menyatakan perkara yang betul sepertimana yang kita kata mengenai Anwar. Kita tak fitnah pun apabila kita kata Anwar itu bekas banduan penjenayah liwat dan bekas banduan penjenayah rasuah salah guna kuasa. Ini fakta. Begitu juga kenyataan Anwar menyokong isu murtad Lina Joy, penggunaaan Kalimah Allah menggantikan Biblical God, kenyataannya menyokong Keselamatan Israel Tanpa Syarat, itu semua fakta. Anwar banyak menipu dan buat janji palsu itu pun fakta.
3. Berkaitan Zahid, apa yang kita kata mengenai Zahid juga fakta:
i. Zahid ada 47 pertuduhan prima facie kes rasuah salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram, ini fakta
ii. Zahid khianat dasar Umno dan keputusan PAU 2019, "No Anwar, No Dap", mengkhianati PN dan Muafakat Nasional dengan menandatangani surat menyokong Anwar menjadi PM seawal tahun 2020, ini fakta.
iii. Zahid bersumpah dengan nama Allah untuk menipu Ahli Umno mengenai kerjasama dengan Anwar dan PH, itu juga fakta yang disampaikan oleh Ahmad Maslan
iv. Zahid terlibat dengan skandal LcS, itu fakta seperti yang dinyatakan oleh PAC, Nurul Izzah, Fahmi Fadzil, Rara dan ramai lagi pemimpin PH
v. Zahid menipu YDPA melalui surat yang menyatakan kononnya ada 30 Ahli Parlimen BN menyokong Anwar untuk menjadi PM, ini fakta dan sampai sekarang Zahid, Asyraf gagal membuktikan mereka mempunyai 30 SD dan gagal menunjukkan 10SD yang mereka dakwa bertindih
vi. Zahid mengekalkan jawatan sebagai Presiden Umno (dibaca Umdap) melalui Usul haram yang dibawa secara haram dengan melanggar peraturan Mesyuarat Agung Umno dan melanggar Perlembagaan Umno, itu fakta
vii. Zahid telah berbohong mengenai Penjualan Saham MAHB telah dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum diputuskan, itu juga fakta
viii. Zahid berbohong mengenai Tun M hendak mengharamkan Umno, itu juga fakta yang telah disahkan oleh TS Noh Omar dan Tun M sendiri
ix. Zahid telah gagal menghalang keputusan PM10 dan kerajaan dalam Kes Rayuan Kalimah Allah, sedangkan itu Azalina adalah Menteri yang bertanggung jawab ke atas Undang-undang, itu fakta
x. Zahid gagal melakukan sesuatu untuk menghalang Enakmen Syariah daripada dibatalkan oleh Mahkamah, sedangkan Azalina adalah Menteri yang bertanggung jawab ke atas undang-undang, itu juga fakta
xi. Zahid gagal mendapatkan Pengampunan Penuh DS Najib, gagal mendapatkan Perintah Tahan Rumah untuk DS Najib dan gagal mendapatkan salinan Titah Addendum YDPA mengenai Tahanan Rumah DS Najib, itu fakta
4. Soal orang Melayu Johor masih mengundi BN itu soal berbeza. Dulu ramai je anak muda dan penyokong Anwar yang tertipu dengan Anwar. Ia mengambil masa yang sangat panjang, iaitu lebih 26 tahun untuk rakyat sedar siapa Anwar sebenar, selepas begitu banyak kerosakan terhadap negara berlaku sejak tahun 1998 dan selepas dua kali kerajaan BN jatuh dan DS Najib, Tun M dan Pak Lah dimalukan, diperlekehkan dan difitnah dengan bermacam-macam fitnah. Itupun masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia dan ahli Umdap yang masih terhijab daripada hidayah dan percaya kepada Anwar.
5. Satu saja ingatan saya kepada Jazlan, sehingga sekarang pemimpin Dap, Pkr dan PH masih tidak percaya dan yakin kepada Zahid. Tanyalah pemimpin Dap, Pkr dan PH, serta ahli dan penyokong mereka, adakah mereka percaya bahawa Zahid tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan skandal LCS dan patut dilepaskan walaupun selepas mahkamah memutuskan Zahid ada 47 pertuduhan prima facie kes rasuah? Mungkin, sebab itu pemimpin PH enggan meminta maaf kerana mereka percaya kes Zahid terlibat dengan rasuah dan segala apa yang mereka katakan mengenai DS Najib, DS Rosmah dan BN sebagai parti penyamun selama ini adalah benar.
6. Jangan sampai suatu hari nanti Zahid akan diingati oleh sejarah dan orang Melayu sebagai Othman Wok versi Malaysia.
Dari FB Tun Faisal
Comments