Skip to main content

Raja Yang Sebenar Kepada Manusia


HATI DAN KECERDASAN

Mengikut kitab al-Fawaid oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah, beliau menganalogikan hati dengan bejana Allah yang ada di bumi. Oleh sebab itu, Allah sangat menyukai hati yang lembut, lunak dan bersih. Sekiranya kita selalu memberi hati makanan berbentuk zikir-zikir pada Allah, menaburinya dengan tafakur dan menyucikannya daripada hal-hal yang melencong, nescaya kita akan dapat menemu pelbagai bentuk keajaiban dan hikmah. Keimanan dan ketakwaan itu tidak diperolehi sekiranya orang itu tidak melembut, menunduk dan membersihkan hatinya. Kedudukan manusia di hadapan Allah mampu jatuh, bahkan mampu berada lebih rendah daripada kedudukan syaitan nirrojim disebabkan keadaan hatinya juga. Ia terjadi apabila manusia tidak menyelimuti hatinya dengan keimanan dan ketakwaan walaupun senipis kulit bawang.





Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan,
“Sesungguhnya di dalam tubuh ini ada segumpal daging. Apabila ia baik, baik jugalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati.”
(Hadis ini direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah berkata,
“Hati adalah raja dan anggota badan sebagai bala tenteranya. Apabila rajanya baik iaitu cerdas, baiklah pasukannya.”
Ibnu Qayyim berkata,
“Hati adalah raja yang menggerakkan seluruh anggota badan. Hati bersemayam di dada, dilindungi, dikelilingi dan dilayani oleh selurah anggota badan yang lain. Hati adalah anggota badan yang paling mulia. Dengan hati, tiang kehidupan kukuh berdiri.”
Menurut pendapat peribadi saya pula,
“Hati adalah waris kepada otak. Setiap sesuatu yang terlintas di fikiran(otak), seterusnya akan durujuk pula pada hati untuk membuat sebarang keputusan. Jika kesan positif yang dikeluarkan oleh hati manakala hal yang bermain di fikiran itu tadi dapatlah dilaksanakan. Manakala jika hati dapat mengeluarkan banyak kesan-kesan yang negatif malah sebaiknya kita menjauhinya.”


Adakah pasti mereka yang menjadi orang yang cerdas pada hari ini adalah mereka yang bertakwa pada Allah? Jawapannya tidak. Malah mereka diuji oleh Allah dengan kecerdasan yang dikurniakan kepada mereka. Persoalannya adakah kecerdasan mereka sama dengan kecerdasan yang dibina atas dasar rasa takwa pada Allah? Ianya terpulang dengan cara mereka membawa kecerdasan yang ada dalam diri mereka. Sememangnya kecerdasan yang berkat adalah, yang sentiasa mengutamakan Allah dan agama-Nya dalam segala hal.

Kesimpulannya adalah pada dasarnya manusia perlu memiliki hati yang jernih supaya dapat mencapai kecerdasan yang positif. Dengan hati kita berpeluang merasakan suasana yang bahagia. Hati dan otak sentiasa saling berkerja untuk meneruskan kehidupan yang sakinah.
Wallahhualam bisawab..

Cetusan Syarha

Comments

Popular posts from this blog

MENDUKUNG BIAWAK HIDUP – SAMPAI BILA?

Apakah maksud  peribahasa biawak hidup? Mengikut kepada daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka takrifan secara langsung kepada Biawak Hidup tak ada tetapi ayat yang dibina  berbunyi begini; “mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satu­-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup (Maksud dari perkataan Berlepas Diri)” Ada Persamaan dengan peribahasa: Tiada Beban Batu Digalas Maknanya berlepas diri daripada menanggung beban yang tidak wajib seseorang itu menanggungnya! Kerana biawak itu masih hidup, biawak itu boleh mencari makan dengan sendiri, kenapa pula seseorang itu nak menyusahkan dirinya menanggung beban mendukung biawak yang hidup Banyak peribahasa pepatah Melayu yang menggunakan perkataan biawak, mungkin  kehidupan orang-orang Melayu  kita begitu berkait rapat dengan alam! Menjadikan kita manusia yang begitu menghayati alam ! Tetapi orang kita terlalu lemah dan begitu mudah didodoikan dengan bahasa ala

Barangan Muslim

AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA SOKONG BELI-GUNA BARANGAN MELAYU (ISLAM) 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar). 2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar). 3. Minyak Masak Tiara (FELDA). 4. Minyak Masak Saji (FELDA). 5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA). 6. Susu Cair Saji (FELDA). 7. Maggie Sajimee Saji (FELDA). 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA). 9. Marjerin Pelangi (FELDA). 10. Sos Cili Pelangi (FELDA). 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA). 12. Jem Peanut SunBear (FELDA). 13. Sardin Agromas. 14. Sardin Pertima. 15. Kopi Hang Tuah. 16. Bihun Sufi. 17. Mi Kuning Sufi. 18. Kuey Teow Sufi. 19. Garam Sufi. 20. Sos Lada Hitam Sufi. 21. Sos Cili/Tomato Sufi. 22. Kicap Masin/Manis Sufi. 23. Tepung Goreng Sufi. 24. Minyak Masak Sufi. 25. Telur Cap Sufi. 26. Ubat gigi Najwa. 27. Ubat gigi Halagel. 28. Garam Halagel. 29. Tepung gandum Cap Bidara. 30. Tepung gandum Faiza. 31. Jus minuman Safina. 32. Syampoo D’herbs. 33. Pasaraya Mydin. 34. Pasaraya MyMart  (kedai keluaran Mydin). 35. Bihun Kampung. 36. Burger Ramly. 37. Air Min

Makna pada Simbol-simbol Facebook

INI MEMANG DIRANCANG ATAU SECARA KEBETULAN? Lihat video  ini! Didalam graf diatas mempunyai simbol-simbol yang digunakan di dalam Facebook                             Berada ditengah-tengah (2010) bintang 6 penjuru adalah bendera Israel Simbol Ini ada pada baju yang dipakai oleh  Mark Elliot Zuckerberg Simbol atau Lambang LIKE - bermakna jika anda Like maknanya anda adalah kawan dan suka kepada Israel! Apakah yang mahu dilakukan bila situasi ini terbentang dihadapan kita, umat Islam? Apakah alternatif kita? Mampukah kita  umat Islam membina rangkaian seperti FB untuk kita gerakkan satu networking yang merangkumi seluruh dunia seperti yang dibuat oleh Mark Elliot Zuckerberg? Umat Islam mampu lakukan jika didalam diri seluruh umat Islam buang jauh sifat yang melemahkan semangat orang Islam selama ini. INFORMATION AWARENESS OFFICE  IAO -USA Lambang Ini ada didalam duit 1dollar US   -   All-Seeing Eye    In-Q-Tel secara langsung m